Petugas Kesihatan Perjelas Isu ‘Halau’ Tetamu Di Hotel Kuarantin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kecoh baru-baru ini apabila timbul isu pegawai kesihatan yang bertugas di Hotel Istana ‘menghalau’ person under surveillance (PUS) yakni beberapa rakyat Malaysia yang pulang dari India dan menjalani kuarantin Covid-19 di hotel berkenaan sejak 13 Mei lalu.

Susulan laporan polis dan surat yang dikirim kepada Kementerian Kesihatan (KKM), pegawai kesihatan bertugas yang didakwa ‘mengahalau’ itu juga turut tampil membuat laporan polis bagi membersihkan imej agensi terlibat yang bertugas di Hotel Istan berkenaan.

Selain KKM, agensi lain yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Ketika bertugas di Hotel Istana terdapat lapan (PUS) yang akan dipindahkan ke Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Negeri Sembilan atas sebab tidak mampu untuk membayar bayaran bagi lanjutan kuarantin tambahan dari 14 hari ke 21 hari di pusat kuarantin Hotel Istana.

“Berikutan kejadian itu kami menerima mesej rantaian tentang dakwaan berhubung berlakunya kekerasan dan ugutan daripada pihak agensi bertugas terhadap lapan PUS berkenaan.

“Kami hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan berhemah ketika proses pemindahan PUS berkenaan sekali gus menafikan dakwaan mengasari kumpulan itu,” kata pegawai kesihatan itu dalam aduan polis berkenaan.

Difahamkan, rombongan pengembara Malaysia dari India itu dikuarantin di hotel itu setibanya dari India melalui pesawat sewa khas Malindo pada 13 Mei lalu.

“Kami diberitahu kami perlu menjalani kuarantin 14 hari apabila kami berlepas, tetapi ia berubah selepas tiba. Mereka kata individu datang dari India perlu dikuarantin selama 21 hari,” kata ahli perniagaan, Dhana Balan yang dikuarantin di hotel itu memetik FMT.

Beliau berkata, sepucuk surat dihantar kepada Kementerian Kesihatan yang memohon mereka dibenarkan menjalani kuarantin kendiri di rumah untuk tambahan tujuh hari itu, tetapi ia ditolak.

Selepas 14 hari, pada malam Jumaat, katanya, beberapa tetamu dikejutkan secara kasar oleh pegawai kerajaan memakai PPE yang menuntut mereka membayar kos untuk tambahan tujuh hari di hotel, walaupun mereka sudah diberitahu hanya perlu membayar ketika mendaftar keluar.

“Mereka menyerbu bilik dalam gaun perubatan dan tiada tanda nama. Kami tidak tahu siapa mereka. Seorang daripadanya kata mereka bersama KKM, tetapi mereka tidak memperkenalkan diri.”

Dhana berkata, tetamu yang berdepan dakwaan gangguan itu diberitahu jika mereka tidak membuat bayaran diperlukan itu, mereka akan segera dihantar ke sebuah kemudahan kuarantin kerajaan.

Katanya, pegawai terbabit memasuki bilik sesetengah tetamu dan melempar barang mereka ke luar bilik.

//

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat