Malaysia Akan Panggil Duta China Beri Penjelasan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementeria Luar Negeri melalui Wisma Putra  akan memanggil Duta Besar Republik China di Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik China ke dalam ruang udara Malaysia di atas Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menegaskan, Wisma Putra juga akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan ini kepada Kerajaan Republik Rakyat China setelah mendapat laporan yang diterima daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kementerian Luar Negeri merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China ke dalam ruang udara Malaysia di atas Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Berdasarkan laporan yang diterima daripada TUDM, Kementerian ini akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan ini kepada Kerajaan Republik Rakyat China.

“Kementerian ini juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ini,” tegas Hishammuddin.

Di samping itu, beliau juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawatnya di China.

Tegasnya lagi, pendirian Malaysia sangat jelas , walaupun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya.

Terdahulu,  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei, semalam.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 malam waktu tempatan.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya dalam kenyataan. -SuaraTV

Baca lagi:

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat