Sebar Berita Palsu, Netizen Desak Khalid Disiasat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dek kerana terlalu ghairah untuk mewujudkan sentimen kebencian Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad sekali lagi menerima kecaman netizen.

Khalid melalui laman Twitternya semalam, memuatnaik pautan berita berhubung sekumpulan pelarian Rohingya yang meninggal dunia akibat kelaparan setelah terumbang ambing di lautan selama 25 hari.

“Inalillahi wa inna ilaihi raajiun. Harap tiada yang mati atas sebab diusir dari Malaysia. Kalau ada saya tak tahu bagaimana nak jawab depan Allah kelak.

“Walaupun kita sedang hadap ancaman virus, kita masih mampu bantu. Semoga roh mereka dirahmati Allah,” memetik kenyataan di ciapan tersebut.

Bagaimanapun setelah diteliti, laporan yang disiarkan oleh portal berita negara jiran itu berlaku pada 26 Februari 2013.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar segera mengambil tindakan ke atas sikap tidak bertanggungjawab ahli parlimen Shah Alam itu.

“Kesian @KhalidSamad ko ni puasa ke tak?? Aku harap ada yang report polis pada pemfitnah ni. Jenis macam ini bukan kira bulan baik perlu buat amalan baik,” komen @ARofdy.

“Lid (Khalid Samad) bulan puasa orang tambah pahala, hang (kamu) tambah dosa. Pemimpin apa mcm ni, cuba membangkitkan kemarahan rakyat. Apa niat hang Lid?? Menggunakan isu lama dan nak dikaitkan dgn isu terkini. Kenapa masa jadi kerajaan PH (Pakatan Harapan) tak ada tindakan proaktif pun nak bantu Rohingya? Mana ada ka tak?,” soal @AzmanHaj pula.

“@PDRMsia ini satu lagi berita palsu, kes serupa Fuziah. Tolong siasat, tangkap dan dakwa. Denda RM5000 pun cukup, bagi tak layak jadi MP (ahli parlimen) @IsmailSabri60 @hamzahzainudin boleh ajak report ramai-ramai dan dakwa. Tak habis-habis nak bagi Malaysia bergaduh. Perangai sama macam Cina DAP,” tegas @ElCapitano216 pula.

Terdahulu Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman membuat pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana menyebarkan berita palsu.

Beliau berhadapan dengan berhubung kiriman yang dibuat menerusi Facebook kononnya berlaku keadaan di luar kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam Dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor susulan kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Siasatan diklasfikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat