BNM Perjelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) berasa kesal atas sebarang kekeliruan yang timbul daripada salah faham, yang sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazimnya, yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

“Pihak BNM berasa kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat. Penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam/pelanggan yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19). Tujuan ini masih tidak berubah.

“Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut daripada ini apabila institusi kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing. Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik,” kata bank pusat.

Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah, kata BNM dalam senarai soalan lazim yang dikeluarkan hari ini mengenai penangguhan enam bulan sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap.

Peminjam/pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020.

Peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi kemudiannya menukar fikiran masih boleh berbuat demikian, kata bank pusat.

BNM dalam pengumumannya pada 25 Mac menasihati peminjam bahawa faedah/keuntungan akan terus terakru bagi pembayaran yang ditangguhkan dan mereka perlu menimbang perkara ini dalam memutuskan sama ada mereka mahu mengambil moratorium itu. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Ezlynn ada dipanggil SPRM

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di...

Berita Berkaitan

Kerajaan Lulus Pindaan Akta Benarkan Dana KWAN Untuk Perolehan Vaksin

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu...

Semua Daerah Di Kelantan Kini Di Bawah PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Semua jajahan (daerah) di Kelantan akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah tiga lagi jajahan/daerah iaitu Jeli, Kuala Krai...

2,340 Jangkitan Baru Covid, 11 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, tidak banyak perubahan berbanding 2,341 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif...