Kalau kerajaan buat keputusan tak masuk akal, jangan diam : Najib bidas menteri UMNO dalam Kabinet PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan menteri-menteri UMNO untuk kekal dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) sepatutnya tidak boleh amalkan sikap berdiam diri apabila kerajaan membuat keputusan tidak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan rakyat,” tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, jika keputusan menteri-menteri UMNO untuk tidak letak jawatan adalah untuk bertanggungjawab kepada rakyat agar imej UMNO tidak tercalar.

Maka kata Najib, ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan rakyat.

Beliau menyenaraikan beberapa tindak-tanduk kerajaan PN yang pada pandangannya tidak masuk akal namun tidak dibantah menteri-menteri UMNO.

“Antaranya termasuk, Parlimen tidak bersidang sepanjang darurat dengan alasan bahawa terlalu ramai orang tua dalam dewan walaupun Agong bertitah Parlimen boleh bersidang dalam masa darurat. Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan Perlembagaan dan Parlimen dengan alasan untuk membendung Covid-19.

“Menangguhkan Undi 18 ke September 2022 (iaitu tiga tahun dua bulan selepas diluluskan sebulat suara dalam Parlimen) dengan alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kerajaan perlu mendapat kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah kerajaan. (Bab ini, saya berpuas hati apabila membaca hasrat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan sokongon Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membawa isu ini ke Kabinet untuk asingkan proses Undi 18 dengan pendaftaran automatik. Ini bermakna pengundi umur 18 tahun sekurang-kurangnya boleh mendaftar secara kendiri sebagai pengundi sebagaimana pemilih-pemilih lain walaupun pendaftaran belum lagi automatik.),” katanya.

Selain itu, Najib turut menggariskan rasa tak puas hati berhubung Ordinan darurat mengejut semalam yang mengetepikan kelulusan Parlimen dan memberi kuasa untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dalam tempoh darurat. Mana wujudnya negara demokrasi dalam dunia di mana kerajaan tidak perlu bertanggung jawab pada parlimen dalam hal perbelanjaan kerajaan?

” Membawa usul ke Parlimen untuk naikkan sekali lagi had hutang kerajaan apabila nisbah hutang sebanyak 62.2 peratus pada akhir tahun 2020 sudah cecah paras 60 peratus (yang dinaikkan dari 55 peratus oleh kerajaan PN dalam Parlimen pada bulan Ogos lalu) agar kerajaan tidak melanggar undang-undang sendiri.

” Membatalkan projek HSR KL-Singapura dan menggantinya dengan projek HSR KL-JB yang kosnya agak sama. Akibatnya, kerajaan telah membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dan menjejaskan keuntungan projek buat selamanya.

” Menjual syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 Syarikat-China dalam masa darurat dan pada ketika industri semikonduktor dunia sedang berkembang pesat dengan harga RM273 juta. Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura,” kata Najib.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri menempelak menteri-menteri UMNO “Jangan beri alasan nak bertanggungjawab kepada rakyat dan tidak mahu mencalar imej UMNO jika masih membisu tentang perkara-perkara di atas yang jelas salah. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat