Casio Tampil Dengan Koleksi ‘Limited Edition’ G-SHOCK x Harimau Malaya

- Advertisement -

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan syarikat jenama jam terbesar di Jepun, Casio, mulai 1 Mac 2021 hingga 28 Februari 2022.

Perjanjian penajaan ditandatangani antara Pengedar Sah Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di Wisma FAM, pagi ini.

Selain acara ini, Casio juga melancarkan jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad dengan GA-2000-1A9 sebagai model asas. Ia adalah  tanda sokongan tinggi Casio kepada skuad kebangsaan yang akan kembali beraksi di dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan kempen Piala Asia 2023 setelah satu tahun berehat panjang akibat wabak COVID-19 tahun lalu.

mockup-set_v4

CASIO

File_000(2)

CASIO

File_000(1)

CASIO

File_000

CASIO

Majlis menandatangani perjanjian dan pelancaran jam tangan kolaborasi edisi terhad itu turut disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro dan turut menampilkan dua pemain pertahanan dari skuad kebangsaan, Syahmi Safari dan Irfan Zakaria serta penampilan khas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang hadir dengan warna hitam dan kuning, diilhamkan oleh warna tradisional Harimau Malaya dan diukir dengan logo Harimau Malaya, sekali gus menonjolkan keunikan dan gaya keunggulannya.

Casio hanya mengeluarkan 999 jam tangan Harimau Malaya x G-SHOCK edisi terhad yang tersedia di pasaran; setiap kepingan terukir dengan nombor siri bermula dari 002 hingga 999.

Jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad ini datang pada harga RM579.00, ia akan turut disertakan dengan baju Harimau Malaya dan G-SHOCK, gelang tangan dan beg kertas. Jam ini boleh dibeli bermula 1 Jun ini di semua kedai Casio yang sah di seluruh Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat