PRN Johor: PBM Tampil Calon Muda Dan Berpengalaman Dalam NGO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Calon-calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diketengahkan di PRN Johor membariskan kombinasi anak muda dan pemimpin yang berpengalaman bagi membawa aspirasi rakyat Johor ke peringkat Dewan Undangan Negeri.

Menurut kenyataan media Setiausaha Agong PBM, Nor Hizwan Ahmad, sungguhpun hanya meletakkan empat (4) calon untuk bertanding di dalam pilihanraya pada kali ini.

Katanya,calon-calon ini ternyata mempunyai kelebihan tersendiri kerana semuanya berpengalaman dalam melaksanakan inisiatif khidmat masyarakat sama ada melalui parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Calon Parti Bangsa Malaysia bagi kerusi N.41 DUN Puteri Wangsa, YB Steven Choong yang merupakan Ahli Parlimen Tebrau, adalah pemimpin yang amat berpengalaman dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Dengan pengalaman yang beliau ada, kita yakin, banyak lagi bantuan dapat disalurkan dan isu rakyat akan dapat diselesaikan sekiranya beliau diangkat menjadi wakil kepada rakyat di kawasan DUN Puteri Wangsa. Di N.45 DUN Stulang pula, Parti Bangsa Malaysia meletakkan calon muda yang berumur 34 tahun iaitu Saiful Bahari, yang bukan sahaja amat berpengalaman dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan tetapi juga mempunyai latar belakang professional kerana telah berkhidmat di beberapa syarikat multi-nasional.

“Parti Bangsa Malaysia turut meletakkan calon yang merupakan graduan jurusan Ijazah Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Ustaz Azmi Ali di N.40 DUN Tiram. Beliau yang merupakan anak jati Kampung Ulu Tiram ini adalah mantan Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Negeri Johor sebelum menyertai bidang korporat dan amat aktif dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan di seluruh Negeri Johor Darul Takzim.”kata beliau.

Selain itu, ujarnya lagi, calon keempat yang diketengahkan oleh PBM adalah Hanis Asmuni untuk bertanding di N.15 DUN Maharani.

Hanis Asmuni,28, adalah seorang graduan TVET dalam bidang Teknologi Automotif. Impian beliau adalah untuk memperkasakan ekonomi generasi baharu di DUN Maharani dengan meningkatkan penyertaan mereka dalam industri teknikal dan vokasional.

Dalam pada itu katanya lagi, PBM adalah sebuah parti politik yang bergerak dengan tidak bersandarkan kepada retorik semata-mata, yang mana calon-calon yang diketengahkan oleh kami telahpun mempunyai perancangan yang komprehensif untuk berkhidmat kepada kawasan-kawasan yang mereka tandingi sekiranya diberikan mandat oleh para pengundi.

“Saya menyeru agar para pengundi di PRN Johor untuk memberikan peluang kepada calon-calon PBM demi manfaat bersama seluruh rakyat di Negeri Johor Darul Takzim.” Kata beliau. -SuaraTV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat