Pemimpin PAS Nafi Abdul Hadi Tolak Muafakat Bersama UMNO

SHAH ALAM – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN) tidak membawa maksud mereka menolak muafakat bersama UMNO.

Menurut Laporan FMT, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Abdul Hadi menjelaskan bahawa pendirian Pas sebelum ini ialah memperkukuh Muafakat Nasional bersama UMNO dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

“Bukan (Pas tolak atau mahu keluar Muafakat Nasional). Pendirian kita masih jelas memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional dan juga apa sahaja agenda yang berada di sebalik tertubuhnya Muafakat Nasional.

“Apa yang dimaksudkan presiden ialah Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional hanya merujuk kepada apa saja cubaan untuk memecahbelahkan ummah,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, Muafakat Nasional didirikan atas piagam Muafakat Nasional dengan matlamat dan objektif yang jelas.

“Jadi asas kepada Muafakat Nasional (adalah) perpaduan. Apa sahaja perkara menjurus kepada perpecahan maka ia sudah melanggar piagam Muafakat Nasional, itu maksudnya,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kamaruzaman berkata, Pas akan berusaha bagi mendamaikan kedua-dua parti itu.

“Dunia belum kiamat. Selagi dunia belum kiamat segalanya adalah mungkin dan Pas akan terus pertegas dan memperteguh usaha penyatuan ummah ini dan paling pentingnya mempertemukan UMNO dan PPBM (Bersatu),” katanya. – Sinar

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Pasangan Kekasih Dalang Sindiket Edar Dadah Berjaya Ditumpaskan – Polis

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang didalangi sepasang kekasih tumpas selepas penahanan pasangan terbabit di sebuah kondominium di sekitar Puchong Jaya pada Jumaat...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...

2,078 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan,...