Perdasama saran kerajaan perbesarkan ‘kek ekonomi’

- Advertisement -

PETALING JAYA – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyarankan kerajaan untuk membesarkan lagi ‘kek ekonomi’ untuk membantu peniaga-peniaga Bumiputera susulan pengenalan cukai-cukai baharu tahun ini.

Presidennya, Mohd Azamanizam Baharon berkata, kerajaan perlu memudahcarakan pinjaman perniagaan terutama kepada perusahan-perusahan mikro dan syarikat pemula bagi membantu mereka berkembang.

Katanya, kerajaan juga perlu memberi bantuan atau geran 100 peratus kepada syarikat-syarikat yang beralih kepada pendigital dan lain-lain.

“Pada masa yang sama, Perdasama juga memohon diwujudkan Pusat Usahawan Nasional (PUN) di seluruh negara sebagai rujukan dan bantuan pemudah cara untuk usahawan muda memajukan perniagaan.

“Bagi mudahcara dana-dana pengambangan perniagaan, pembiayaan perniagaan, geran padanan dan lain-lain bantuan kewangan, Perdasama mencadangkan Kerajaan membenarkan 10 peratus pembiayaan untuk diuruskan oleh (NGO).

“Seperti Perdasama dan NGO perniagaan lain dengan syarat pembiayaan tersebut masih terikat dengan syarat-syarat seperti yang ditetapkan agensi,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan bakal memperkenalkan cukai cukai baharu bagi tahun ini dan termasuk kenaikan cukai seperti cukai perkhidmatan iaitu daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Antara cukai baharu yang dikenakan adalah cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian, cukai keuntungan modal dan cukai barang bernilai tinggi.

Mengulas lanjut, sekiranya 10 peratus daripada keseluruhan dana pembiayaan dapat diuruskan oleh NGO usahawan makai a akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

“Ia akan memberi manfaat kepada ahli-ahli Perdasama kerana 15,000 ahli kami merupakan ahli aktif, 100 milik bumiputera, berbayar yuran tahunan dan Perdasama dapat sahkan keupayaan dan kemampuan mereka membayar semula pinjaman berdasarkan penglibatan ahli-ahli ini dalam kerja-kerja kesukarelaan dan penglibatan aktif mereka dalam banyak program kami.

“Jika kerajaan setuju cadangan ini, ini memberikan pengiktirafan peranan PERDASAMA dan NGO-NGO lain sebagai pelengkap dan jambatan perhubungan antara kerajaan dan usahawan-usahawan di luar sana,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat