Fahmi dari parti reformasi tapi bagi jawapan seperti Menteri Umno – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dikritik kerana didakwa sudah berubah menjadi orang yang jelas berbeza dari sebelumnya setelah diangkat sebagai menteri.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Fahmi yang datang dari parti reformasi, PKR kini sudah bertukar menjadi seperti Menteri Umno yang pernah wujud sebelum ini.

“Sebab Fahmi yang ada di dalam kerajaan dan Fahmi yang ada sewaktu pembangkang adalah orang yang lain.

“Hari ini Fahmi dalam kerajaan dia macam Menteri Umno dulu.

“Dia kata ranking ini tak betul, kita kena mempersoalkan ranking ini dan sebagainya. Sedangkan dulu setiap kali kita turun dalam ranking dia akan kata menteri kena bagi penjelasan cepat dan mengambil tindakan cepat.

“Jadi, the reason kenapa mereka mengalami kritikan yang sangat-sangat dahsyat sekarang ini bukan sangat tentang respons mereka… respons mereka adalah respons biasa, plain vanilla response daripada menteri, tetapi lebih kepada perbezaan sewaktu menjadi pembangkang dan sekarang ini sewaktu menjadi kerajaan,” bidas Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Khamis.

Khairy berkata demikian mengulas reaksi Fahmi yang mengatakan, kedudukan Malaysia yang jatuh dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 bukan semata-mata disebabkan oleh Kementerian Komunikasi.

Fahmi berkata, ini kerana ia juga membabitkan undang-undang di bawah kementerian berbeza, yang turut mempengaruhi laporan dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) itu.

Baru-baru ini media melaporkan, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF berbanding tangga ke-73 tahun lalu.

Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Menurut Khairy, Fahmi sepatutnya memberi reaksi sebegini, “kita memandang serius tentang kejatuhan dalam ranking, kita akan memperhalusi metodologi, kita akan membuat libat urus dengan RSF supaya kita memahami apa metodologi mereka dan kita akan usaha untuk menjadi lebih baik dalam ranking. Itu jawapan yang lebih baik, mungkin jawapan yang tidak memuaskan semua tetapi jawapan yang lebih baik”.

Tambah bekas Menteri Kesihatan itu lagi, Fahmi datang daripada parti reformasi, PKR dan parti PKR ini telah pun meletakkan sebagai perjuangan mereka bahawa kebebasan, freedom adalah satu prinsip yang sangat penting sama ada kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan sebagainya.

“Jadi bila datang daripada DNA kebebasan, DNA yang boleh dikatakan liberal dari sudut civil liberties maksudnya dia tak boleh bagi jawapan seperti seorang Menteri Umnolah,” kata bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat