JAS akan terus memantai dan periksa premis memproses buangan berjadual termasuk ‘e-waste’

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus memantau dan melakukan pemeriksaan terhadap premis memproses buangan berjadual, termasuk sisa elektrik dan elektronik (e-waste), bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saadon dalam satu kenyataan hari ini berkata JAS komited meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan bagi memastikan sebarang ketidakpatuhan ditangani secara konsisten, telus dan berasaskan bukti.

Menurutnya, langkah itu selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard yang sedang berkuat kuasa.

“Setiap pengusaha premis bertanggungjawab memastikan aktiviti pengurusan buangan terjadual, termasuk e-waste, dilaksanakan sepenuhnya mengikut kehendak perundangan alam sekitar.

“Kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk pendakwaan di mahkamah, tertakluk pada jenis kesalahan, peruntukan undang-undang berkaitan dan kecukupan bukti,” katanya.

Kenyataan berkenaan dibuat oleh JAS susulan kenyataan media Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertarikh 22 Oktober 2026 berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap premis pemprosesan buangan berjadual dan aktiviti kitar semula di Kawasan Perindustrian Segamat, Johor.

Azuri Azizah berkata JAIS menghormati peranan EAIC dalam memastikan integriti akauntabiliti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan negara.

“JAS akan memberikan kerjasama sewajarnya kepada EAIC dalam sebarang proses siasatan dan penelitian lanjut yang dijalankan, selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang berkuat kuasa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat