Mahkamah Tinggi tangguh pembatalan PN oleh RoS

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) mendapat penangguhan sementara selepas Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), meskipun pendaftaran gabungan itu dibatalkan dua hari lalu.

Keputusan itu dibuat hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan PN berusaha mengekalkan hak untuk bertanding menggunakan nama dan lambangnya sendiri.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad, memutuskan bahawa pembatalan pendaftaran PN pada 20 Oktober lalu tidak secara automatik menjadikan permohonan penangguhan itu tidak lagi relevan.

Beliau berkata, mahkamah mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan berkenaan, khususnya kemungkinan kesan buruk terhadap aktiviti politik PN dan penyertaannya dalam pilihan raya akan datang.

Azizan berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan kesan mudarat yang lebih besar sekiranya penangguhan itu dibenarkan atau ditolak, lapor BH pada Khamis.

Pada 20 Okt lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Parti PN selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu tidak dapat menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat