Malaysia Mahu Jadi Peneraju Ekonomi Digital Berteraskan Nilai Kemanusiaan – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa nilai kemanusiaan mesti terus menjadi teras dalam setiap proses membuat keputusan, meskipun perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI) berkembang dengan pesat.

Menurut beliau, AI kini sedang mengubah landskap perniagaan, perdagangan dan sistem kewangan global, termasuk dalam aspek penilaian kredit, pengurusan risiko serta aliran perdagangan rentas sempadan.

“Namun, dalam mengejar kemajuan teknologi, kita tidak boleh mengorbankan nilai kemanusiaan. Pertimbangan berasaskan hikmah, etika dan tanggungjawab mesti terus menjadi tunjang kepada setiap keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Pembangunan Global (GDC) Ant International di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata, pemilihan Malaysia sebagai lokasi pusat pembangunan tersebut adalah bertepatan dengan pelancaran Rangka Tindakan Malaysia Digital 2030, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap hala tuju ekonomi negara.

“Ini membuktikan keyakinan pelabur global terhadap dasar, kestabilan dan hala tuju ekonomi negara,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia bukan sahaja berperanan sebagai pengguna teknologi, tetapi turut berpotensi muncul sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing dan inklusif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat