HRXPERT sedia khidmat panduan awal percuma untuk majikan berdepan masalah pekerja

KUALA LUMPUR – Berdepan masalah pekerja bukan sekadar menguji kesabaran majikan, malah turut menuntut pemahaman yang jelas mengenai prosedur pengurusan sumber manusia serta undang-undang pekerjaan bagi mengelakkan keputusan yang dibuat membawa kesan lebih besar kepada perniagaan.

Isu seperti ketidakhadiran tanpa sebab, masalah disiplin, prestasi kerja yang merosot, pertikaian gaji dan penamatan perkhidmatan memerlukan penelitian sewajarnya sebelum sebarang tindakan diambil. Kesilapan mengendalikan perkara berkenaan bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan antara majikan dengan pekerja, malah berpotensi mengundang pertikaian dan risiko perundangan.

Melihat kepada keperluan itu, HRXPERT tampil memperkenalkan Talian Kecemasan HR sebagai saluran respons pantas yang membolehkan majikan serta pemilik perniagaan mendapatkan panduan awal secara percuma sebelum membuat keputusan berkaitan pengurusan pekerja.

Inisiatif tersebut dilihat sebagai satu langkah praktikal, khususnya buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tidak mempunyai jabatan sumber manusia sendiri atau belum berkemampuan mendapatkan khidmat pakar HR secara sepenuh masa.

Bagi kebanyakan perniagaan kecil, urusan sumber manusia lazimnya dikendalikan sendiri oleh pemilik syarikat yang pada masa sama perlu memberi tumpuan kepada operasi harian, kewangan dan pembangunan perniagaan. Keadaan ini boleh menyebabkan sesetengah keputusan berkaitan pekerja dibuat berdasarkan pengalaman semata-mata tanpa penelitian mencukupi terhadap prosedur yang sewajarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif HRXPERT, Dr (HC) Norazlina Abdullah, berkata antara cabaran utama yang dihadapi majikan bukan hanya berkaitan masalah pekerja, tetapi juga kekeliruan mengenai langkah yang perlu diambil agar sesuatu tindakan dilaksanakan secara adil dan mengikut undang-undang.

Menurut beliau, walaupun majikan mungkin mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap pekerja yang melakukan kesalahan, proses pengendalian kes tetap perlu diberi perhatian supaya keputusan yang dibuat tidak menimbulkan masalah baharu.

“Ramai majikan tahu apabila pekerja melakukan kesalahan, tetapi tidak semua tahu prosedur yang perlu diikuti. Kesilapan dalam mengambil tindakan boleh menyebabkan pemilik perniagaan atau syarikat berdepan risiko pertikaian dan tuntutan undang-undang. Sebab itu kami memperkenalkan Talian Kecemasan HR supaya majikan mempunyai tempat untuk mendapatkan panduan awal sebelum membuat keputusan,” katanya.

Menerusi saluran ini, majikan berpeluang mendapatkan panduan awal secara percuma bagi membantu mereka memahami pilihan yang tersedia ketika berhadapan isu pekerjaan. Pendekatan tersebut juga memberi ruang kepada majikan untuk menilai sesuatu masalah dengan lebih teratur sebelum mengambil langkah yang boleh memberi kesan kepada operasi syarikat mahupun kedudukan pekerja.

Bagi kes yang memerlukan penelitian lebih mendalam, termasuk semakan dokumen, penyediaan surat rasmi, pengendalian tindakan disiplin dan konsultasi berkaitan pengurusan sumber manusia, HRXPERT turut menyediakan perkhidmatan profesional berdasarkan keperluan serta skop kes. Sebarang caj bagi perkhidmatan berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.

Dalam usaha memperkukuh kepakaran dan pendekatan khidmat nasihatnya, HRXPERT turut melibatkan Tuan Haji Hussain Ali Meah, mantan Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), sebagai Penasihat Utama HRXPERT.

Pengalaman beliau dalam bidang perundangan pekerjaan dan pengurusan perhubungan perusahaan dijangka dapat menyumbang kepada usaha menyediakan panduan yang lebih menyeluruh kepada majikan dalam menangani pelbagai situasi di tempat kerja.

Bagi HRXPERT, pengurusan sumber manusia yang berkesan tidak seharusnya dilihat hanya sebagai usaha memastikan pekerja mematuhi peraturan syarikat. Sebaliknya, ia turut merangkumi tanggungjawab majikan untuk memahami hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak, mengurus konflik secara profesional serta memastikan kelangsungan perniagaan dapat dipelihara.

Dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar, keputusan berkaitan pekerja boleh memberi kesan langsung terhadap produktiviti, reputasi dan kestabilan organisasi. Justeru, mendapatkan panduan yang tepat sebelum bertindak mampu membantu majikan mengurangkan risiko kesilapan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih teratur.

Pengenalan Talian Kecemasan HR mencerminkan komitmen HRXPERT untuk menjadi rakan strategik kepada majikan dalam membangunkan sistem pengurusan sumber manusia yang lebih sistematik, profesional dan selaras dengan undang-undang pekerjaan.

Bagaimanapun, talian tersebut berfungsi sebagai saluran panduan awal dan bukan pengganti kepada nasihat perundangan khusus. Respons yang diberikan juga tertakluk kepada waktu operasi HRXPERT.

Majikan dan pemilik perniagaan yang berhadapan persoalan berkaitan pengurusan pekerja boleh menghubungi Talian Kecemasan HRXPERT di 019-404 3821 atau 012-783 6774. Pertanyaan turut boleh dikemukakan menerusi e-mel [email protected] atau laman web rasmi https://hrxpert.com.my.

Bagi majikan, menangani masalah pekerja bukan sekadar soal menentukan siapa yang betul atau salah, tetapi juga memastikan setiap keputusan dibuat dengan pertimbangan sewajarnya. Dengan adanya saluran mendapatkan panduan awal, langkah yang diambil diharapkan dapat menjadi lebih yakin, teratur dan bertanggungjawab.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat