JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menegaskan beliau tidak berkempen untuk jawatan Menteri Besar Johor seperti yang didakwa atau diperkatakan sesetengah pihak.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, bekas Menteri Pendidikan itu berkata fokus utama ketika ini adalah memberi ruang kepada rakyat membuat pilihan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Saya bukan sedang berkempen untuk jadi Menteri Besar. Biar rakyat pilih kerajaan dahulu,” katanya.
Maszlee turut menegaskan bahawa soal pelantikan Menteri Besar adalah tertakluk kepada proses dan keputusan Sultan Johor selepas keputusan pilihan raya dibuat.
“Soal MB nanti ikut proses dan keputusan Sultan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab sebarang spekulasi berkaitan kedudukan Menteri Besar dalam kempen PRN kali ini, sambil menegaskan fokusnya adalah kepada mandat rakyat.



