Mafia korporat: Rafizi heret Ramanan ke mahkamah

KUALA LUMPUR – Pemimpin BERSAMA Datuk Seri Rafizi Ramli mengheret Naib Presiden PKR merangkap Menteri Sumber Manusia R Ramanan susulan dakwaan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Menurut Rafizi, susulan satu sidang media yang dibuat oleh Ramanan semalam, beliau telah menyerahkan video dan transkrip kepada pasukan peguam.

“Sidang media itu mengesahkan bahawa R Ramanan tidak pernah mengambil tindakan mahkamah berhubung kenyataan saya yang menamakan beliau sebagai ahli Parlimen PKR yang mengambil suapan RM9.5 juta untuk menyelesaikan kes mafia korporat.

“Ramanan juga mengulangi bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang mengenai kenyataan itu, berbeza dengan cabaran beliau untuk menyaman sesiapa yang mengaitkan beliau, seperti di dalam satu sidang media terdahulu.

“Sidang media Ramanan mengesahkan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini, kononnya Ramanan telah mengambil tindakan mahkamah, adalah tidak benar.

“Saya serahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan seterusnya, iaitu merujuk Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk diambil tindakan kerana membuat kenyataan yang tidak benar di Parlimen,” jelas bekas Menteri Ekonomi itu.

Kata Rafizi lagi, dalam sidang media semalam, Ramanan membuat pelbagai tohmahan terhadap dirinya, termasuk menuduh beliau terlibat rasuah.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan mereka berpendapat ada asas kukuh untuk memulakan tindakan saman terhadap Ramanan, kerana kenyataan-kenyataan dalam sidang media itu telah melanggar garis-garis yang ditetapkan oleh undang-undang fitnah di negara ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap Ramanan.

“Tindakan ini juga tepat memandangkan Ramanan terus mengelak dari menjawab beberapa tuduhan mengenai beliau dan rasuah.

“Jika Ramanan enggan mengambil tindakan saman terhadap saya, akibat dari sidang media beliau semalam, ia membuka jalan untuk saya mengheret beliau ke mahkamah susulan tohmahan-tohmahan yang dibuat terhadap saya,” tegas Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat