Bekas pegawai Najib bangkitkan dakwaan Jho Low hadir rundingan sulit di KL

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai kepada Datuk Seri Najib Razak, Eric See-To membangkitkan dakwaan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, hadir ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian delegasi China dalam rundingan sulit berkaitan 1MDB.

Menerusi hantaran di Facebook, Eric yang juga dikenali sebagai Lim Sian See memetik laporan Sarawak Report yang mendakwa Jho Low bukan sahaja masih bebas, malah hadir ke Kuala Lumpur pada penghujung tahun lalu bagi rundingan berhubung baki isu 1MDB dengan China.

“Kalau benar dakwaan ini, memang luar biasa.

“Dalang utama 1MDB boleh pula didakwa terlibat dalam rundingan dengan Madani di Kuala Lumpur, sedangkan Madani begitu beria-ia mahu menghukum Najib,” katanya.

Eric turut mempersoalkan mengapa Najib dihukum, sedangkan Jho Low yang dikaitkan sebagai dalang utama 1MDB didakwa boleh berunding dengan kerajaan.

Dakwaan Sarawak Report itu belum disahkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia, China atau mana-mana agensi penguatkuasaan.

Setakat ini, kerajaan belum memberi penjelasan sama ada rundingan seperti didakwa pernah berlaku atau sama ada Jho Low benar-benar terlibat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat