EAIC santuni warga emas, erat hubungan antara generasi melalui konsep ‘cucu angkat’

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Penghargaan terhadap warga emas tidak seharusnya bermusim, sebaliknya diteruskan melalui perhatian, masa serta sokongan yang konsisten, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Nik Mohd Noor Nik Kar.

Nik Mohd Noor berkata, semangat ini turut mencerminkan penghayatan integriti apabila nilai yang dipegang diterjemahkan melalui tindakan, termasuk menunaikan tanggungjawab sosial dan menghormati maruah setiap insan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK)/Program Jalinan Kasih: Akar Budiman, Kasih Bertaut di RSK Cheras, dekat sini baru-baru ini.

Seramai 171 penghuni RSK Cheras disantuni oleh EAIC yang menghubungkan mereka dengan generasi muda melalui konsep ‘cucu angkat’.

Program bertemakan ‘Warga Emas Dihargai, Generasi Disatukan, Kelestarian Diperkasa’ ini menggabungkan sumbangan keperluan harian, aktiviti antara generasi dan penanaman untuk menyokong kesejahteraan penghuni.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hazleen Hassan berkata, warga emas memerlukan persahabatan, peluang berinteraksi dan ruang berkongsi pengalaman selain bantuan material.

“Hubungan melalui program ‘cucu angkat’ diharap dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuh sokongan sosial kepada penghuni, ”katanya.

Dalam perkembangan sama, program tanggungjawab sosial korporat inovasi anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) EAIC dilaksanakan bersama JKM, Cempaka International School (CIS), Damansara Heights
dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bersempena sambutan Hari Warga Emas peringkat RSK Cheras.

Menerusi kerjasama itu, sumbangan barangan dan tunai bernilai RM10,000 disalurkan bagi menyokong keperluan penghuni, termasuk barangan penjagaan diri, makanan dan minuman.

Sokongan kepada penghuni turut merangkumi aktiviti Cucu Angkat Bersama Warga RSK yang melibatkan murid CIS. Aktiviti bersama ini membuka ruang perkongsian pengalaman serta memupuk kasih sayang dan rasa hormat antara generasi.

UPM turut menyumbangkan tanaman untuk rumah hijau RSK dan menyokong aktiviti penghijauan yang memberi peluang kepada penghuni untuk berkebun, dengan hasil tanaman berpotensi menambah bekalan bahan segar untuk makanan harian.

Program turut menerima sokongan daripada Yayasan Tengku Zafrul Aziz (YTZA), SKOP Production, Pejabat Penyelaras Ahli Parlimen Bangi dan Jewel Sonic Sdn. Bhd.

Turut hadir, Bendahari Lembaga Pelawat RSK Cheras, Mohd Fauzi Mohd Fadzil; wakil Pengarah JKM Selangor, Salmiah Salleh; Timbalan Dekan Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar UPM, Dr. Mohd Rosli Yaacob; Pengetua Sekolah Antarabangsa Cempaka, Aimi Masdiana Mukhtar; Penguasa RSK Cheras, Zamzuri Mohamed; dan Pengarah Strategi dan Perancangan YTZA, Teh Mysara Zulkifli. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat