Masa depan Sabah tak wajar ditentukan permainan elit politik, Shamsul Iskandar letak jawatan selari prinsip tatakelola baik

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah jangan terpengaruh dengan politik fitnah, adu domba dan cubaan memanipulasi isu untuk mengelirukan rakyat.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud mengingatkan, masa depan Sabah tidak wajar ditentukan oleh permainan elit politik, tetapi melalui fakta, kejujuran dan dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat Sabah.

“PKR Sabah menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penerimaan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau serta penegasan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Keputusan Datuk Seri Shamsul Iskandar meletakkan jawatan adalah satu tindakan bertanggungjawab dan selari dengan prinsip Kerajaan Madani yang mengutamakan integriti, ketelusan dan tatakelola yang baik. Ia membuktikan bahawa tiada sesiapa dalam kerajaan kebal daripada proses undang-undang dan semua tuduhan mesti disiasat dengan adil serta profesional.

“SPRM harus diberikan ruang sepenuhnya untuk menyelesaikan siasatan mengikut prosedur tanpa tekanan politik ini ialah asas kepada reformasi institusi yang telah lama diperjuangkan” katanya dalam kenyataan.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, dalam suasana politik yang semakin panas menuju PRU Dewan Undangan Sabah, PKR Sabah menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan politik fitnah, adu domba dan cubaan memanipulasi isu untuk mengelirukan rakyat.

“Masa depan Sabah tidak wajar ditentukan oleh permainan elit politik, tetapi melalui fakta, kejujuran dan dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat Sabah PKR Sabah komited untuk terus memperjuangkan agenda reformasi, mengangkat suara rakyat, serta memastikan Sabah menikmati pemerintahan yang bersih, stabil dan bertanggungjawab,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat