Kes COVID-19 di Singapura Meningkat, Kerajaan Seru Golongan Berisiko Ambil Vaksin

- Advertisement -

SINGAPURA, 14 Mei – Singapura merekodkan peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19 apabila sebanyak 14,200 kes dilaporkan dalam tempoh seminggu dari 27 April hingga 3 Mei, berbanding 11,100 kes pada minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa kadar kemasukan ke hospital harian juga bertambah kepada purata 133 kes, berbanding 102 kes pada minggu sebelumnya.

Walaupun terdapat lonjakan kes, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sedikit daripada purata tiga kepada dua orang. Kapasiti hospital negara itu masih mampu menampung jumlah pesakit sedia ada.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan penurunan tahap imuniti penduduk terhadap virus tersebut.

Dua subvarian utama yang dikenal pasti ketika ini adalah LF.7 dan NB.1.8, yang merupakan cabang daripada varian JN.1. Namun begitu, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih mudah menular atau menyebabkan gejala yang lebih serius.

MOH dan CDA turut meramalkan gelombang jangkitan akan berlaku secara berkala sepanjang tahun, seiring dengan ciri-ciri penyakit pernafasan endemik yang lain.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu yang mempunyai penyakit kronik, dan penghuni fasiliti jagaan supaya mendapatkan suntikan vaksin terkini sebagai langkah perlindungan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat