MCMC dan Microsoft Perkasa Sarawak dengan Program AI TEACH

- Advertisement -

KUCHING, – Usaha memperkasa masyarakat Sarawak dalam bidang teknologi diteruskan dengan pelaksanaan Program MCMC Microsoft AI TEACH, membuka lembaran baharu dalam pembangunan kepakaran digital di negeri ini.

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Microsoft Malaysia serta rakan strategik seperti Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Biji-biji Initiative ini memberi tumpuan kepada penguasaan asas Kecerdasan Buatan (AI), etika penggunaan teknologi, serta kemahiran praktikal selaras keperluan pasaran kerja masa kini.

Selari dengan aspirasi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030, program ini menyokong pemerkasaan rakyat melalui pendidikan digital, pembangunan bakat teknologi dan peluasan peluang ekonomi digital, seterusnya menjadikan Sarawak negeri berdaya saing di peringkat serantau.

Majlis pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato’ Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi.

Berlangsung selama dua hari secara fizikal dan hibrid, program ini dilaksanakan di CENTEXS sebagai lokasi utama serta enam lokasi SDEC Digital Innovation Hub di Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit, Mukah dan Lawas. Selain itu, 15 Pusat NADI turut diaktifkan bagi memperluaskan capaian kepada komuniti luar bandar.

Setakat Disember 2024, sebanyak 37 peratus peserta yang menyertai inisiatif padanan pekerjaan berjaya mendapat penempatan kerja menerusi kerjasama dengan PERKESO, melalui platform MyFutureJobs yang menawarkan peluang kerjaya dan bimbingan yang disesuaikan mengikut kemahiran dan minat peserta.

Sejak dilancarkan secara rintis pada Jun 2024, lebih 2,000 individu daripada pelbagai latar belakang, khususnya golongan rentan, telah dilatih menerusi Program MCMC Microsoft AI TEACH. Sebelum ini, program yang sama telah dilaksanakan di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan program turut diperluaskan ke beberapa inisiatif khas, termasuk kerjasama bersama Jabatan Penjara Malaysia yang melibatkan Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor dan Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Negeri Sembilan. Ia juga diperkenalkan secara khusus kepada pelajar Program Siswa Sulung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, melibatkan pelajar generasi pertama daripada keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat