Isu Kuil Jalan Masjid India: Henti Guna Isu Kaum dan Agama dalam Setiap Perkara

- Advertisement -

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, menggesa semua pihak, termasuk ahli politik dan pengguna media sosial, agar berhenti mengeksploitasi isu kaum dan agama dalam setiap perkara.

Beliau menegaskan bahawa hal ini termasuk isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, yang kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.

“Seperti saya sebutkan sebelum ini, menggunakan kaum dan agama dalam setiap isu adalah tindakan yang tidak sihat dan ia bukan contoh yang ingin kita tunjukkan pada generasi akan datang.

“Ini perlu dihentikan. Pada saya, ini (isu kuil) adalah perkara yang sensitif tetapi apa yang lebih penting adalah kita berhenti gunakan agama dan kaum dalam setiap isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan Madani Koperasi sempena Hari Raya Aidilfitri bersama komuniti Kota Damansara di Subang Bestari, hari ini.

Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik mengenai kuil berkenaan walaupun berdepan cabaran kerana tanah tersebut adalah milik persendirian.

Menurutnya, rundingan masih berjalan untuk mencapai keputusan yang adil bagi semua pihak.

“Kerajaan akan memainkan peranan sebagai jambatan dalam rundingan antara pemilik tanah dan pengurusan kuil untuk mencari penyelesaian terbaik tanpa menjejaskan mana-mana pihak,” katanya.

Ramanan turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membiarkan kuil tersebut dirobohkan walaupun tanahnya dimiliki oleh pihak swasta.

Beliau sebelum ini turut melawat kuil berkenaan sebagai wakil Kerajaan MADANI bagi memastikan bahawa perbincangan yang sedang berlangsung dapat menghasilkan keputusan yang terbaik untuk semua pihak.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat