Belanjawan 2025 cetus iklim pelaburan yang segar – MIDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belajawan 2025 mengandungi rangkaian langkah sokongan untuk membantu komuniti perniagaan dan inisiatif untuk merangsang ekonomi negara yang kukuh dan mantap, sekaligu akan membantu menarik lebih banyak pelaburan berkualti tinggi, inovatif dan mampan ke Malaysia.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Belanjawan 2025 selaras dengan usaha Kerajaan menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.

Dalam kenyataan medianya, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid,
mengalu-alukan pengumuman tersebut dengan menyatakan, “Belanjawan 2025 ialah langkah penting ke arah merealisasikan matlamat Rangka Kerja Ekonomi MADANI, dan MIDA terus dedikasi memainkan peranan yang menyokong iklim pelaburan yang segar buat para pelabur dan komuniti perniagaan untuk memacu pertumbuhan
ekonomi dan kemakmuran negara kita.”

“Kami amat teruja dengan rangkaian insentif yang diumumkan dalam belanjawan, yang akan meningkatkan lagi daya saing komuniti perniagaan, menarik pelaburan berkualiti yang disasarkan dan mewujudkan
peluang baharu untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.”

MIDA juga menyambut baik pengumuman pelaksanaan Cukai Minimum Global (Global Minimum Tax – GMT) sebanyak 15% di bawah Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) Pillar 2 bermula 1 Januari 2025.

Menurutnya, langkah ini penting bagi memastikan sistem percukaian di Malaysia selari dengan sistem percukaian antarabangsa yang adil dan saksama.

“MIDA selaku agensi MITI akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan pelaksanaan GMT tidak menjejaskan pelaburan sedia ada di Malaysia dan seterusnya meningkatkan daya saing Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke negara ini.

Selain itu, MIDA turut menyokong cadangan mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik kerana inisiatif ini akan meluaskan landskap fasilitasi pelaburan yang ditawarkan oleh Kerajaan dan dijangka lebih menarik kepada syarikat yang terjejas dengan pelaksanaan GMT.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat