Ismail Haniyeh seorang pejuang sejati – pemimpin Hamas beritahu Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ismail Haniyeh seorang pejuang sejati yang telah mengorbankan seluruh hidupnya demi Allah, demi Islam demikian perkongsian ahli biro politik Hamas, Dr Basem Naim dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Basem memaklumkan kepada Anwar bahawa, ini adalah kehilangan yang sangat besar tidak hanya kepada rakyat Palestin, tetapi untuk seluruh umat manusia yang merdeka.

“Saya kenal beliau sejak kecil, beliau seorang pejuang sejati yang telah mengorbankan seluruh hidupnya demi Allah, demi Islam.

“Saya rasa perkara yang paling penting adalah untuk meneruskan perjuangan saudara Ismail sehingga rakyat Palestin mencapai kebebasan dan tertegaknya maruah, dan dengan itu mengakhiri sikap barbarik ini, bukan hanya terhadap rakyat Palestin, tetapi mereka telah melampaui batas, sama ada di Syria, Iraq, Iran dan di mana-mana sahaja.

“Ini adalah mesej kepada semua umat Islam dan warga Arab, bahawa sesiapa sahaja yang memperjuangkan kebebasan adalah sasaran mereka. Justeru, kita mesti bersatu di sini,” ujarnya kepada Anwar.

Menurut Perdana Menteri, beliau mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas saudara Ismail Haniyeh hari ini.

“Pembunuhan ini ternyata sangat tragik dan kejam yang jelas bertujuan untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa.

“Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

“Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian,” kata Anwar.

Tegas belliau lagi, rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya, dan saya amat bimbang tentang nasib mereka susulan pembunuhan saudara Ismail.

“Mereka yang telah mengkritik saya saat ketemu saudara Ismail sebelum ini telah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan.

“Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin,” kata Anwar.

Sementara itu, Dr Basem juga memaklumkan kepada Anwar bahawa Almarhum Ismail telah melakukan yang terbaik untuk menamatkan keganasan ini, dan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata supaya penderitaan ini berakhir.

Tetapi katanya, mereka sentiasa mencari alasan baharu untuk menangguh atau menggagalkan semua usaha ini.

Anwar juga bersetuju dengan perkara itu dan memaklumkan, beliau pernah bercakap dengan saudara Ismail melalui telefon dan bertemu dengannya di Doha.

“Kami berhubung dengan beberapa rakan kami. Beberapa hari yang lalu, maklumat terkini dari saudara-saudara kita di Turki, dan jelas bahawa saudara Almarhum Ismail adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin.

“Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat