Cahaya bagi Zahid, kelam bagi Malaysia – Peguam Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya disifatkan sebagai Isnin yang gelap buat Malaysia.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, ingatlah bahawa Isnin, 4 September 2023 adalah hari sedih Malaysia kerana permainan politik berpedangkan reformasi.

“Isnin yang kelam. Isnin yang gelap. Isnin yang menyedihkan. Ya , tarikh 4 September 2023 Isnin menjadi saksi bagaimana undang-undang Negara diperjudikan ahli politik atas nama kononnya reformasi.

“Seolah-olah diatur, realitinya jelas hari ini. Setakat jam 12 tengah hari , sah Timbalan Perdana Menteri serta Presiden Umno yang mendokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan tanpa dibebaskan dari 47 pertuduhan bersabit isu Yayasan Akalbudi.

“Yang pelik dan ajaib adalah permohonan dibuat oleh pihak Pendakwaan sendiri pagi ini dihadapan Yang Arif Hakim. Yang peliknya juga adalah pendakwaan sendiri yang telah memilih untuk mendakwa Zahid. Yang pelik juga adalah pihak pendakwaan yang sama juga telah memanggil 99 saksi serta Bicara selama 53 hari sebelum menghujahkan bahawa pertuduhan terhadap Zahid adalah utuh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Rafique lagi, apa yang pelik juga adalah pihak pendakwaan pada Januari 2022 meraikan kemenangan bila kes prima facie didapati terhadap Zahid dan maknanya kes pendakwaan jitu dan ampuh.

“Apa yang pelik juga adalah secara tiba-tiba setelah bertungkus lumus bawa kes terhadap Zahid, ketua pasukan pendakwaan umum mahu bersara awal.

“Maka, apa yang pelik juga adalah secara tiba-tiba tular memo dalaman dari pejabat Peguam Negara bertarikh 17 Oktober 2018, menyatakan tiada kes terhadap Zahid.

“Yang pelik juga adalah Perdana Menteri dan Timbalannya begitu akrab berkongsi gelak tawa tepuk tampar walau kes 47 pertuduhan belum selesai. Sudahkah mereka berdua tahu penamat permainan pada masa perjanjian PM dan TPM dipersetujui? soal beliau.

Akhirnya, kata Rafique sudah terang lagi bersuluh.

“Jelas cahaya dihujung terowong bagi Zahid Hamidi. Cahaya disuluh penunggang reformasi.

“Ya, cahaya bagi Zahid, kelam bagi Malaysia.Wahai rakyat, dalam beberapa hari ini akan keluarlah pelbagai pakar perundangan, bekas-bekas pendakwa raya, pensyarah undang-undang, peguam-peguam bijaksana serta peguam kanan kiri atas bawah depan belakang yang akan menyatakan kuasa ada pada Peguam Negara untuk dakwa, tangguh, tunda, henti pendakwaan.

“Cuma ingatlah segala kepelikan yang dinyatakan sebelum ini, dan ingatlah bahawa Isnin 4 September 2023 adalah hari sedih Malaysia. Permainan politik berpedangkan reformasi,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat