Sejak Awal Lagi DAP Memilih Untuk Bersama Anwar Dan Bukan Tun Mahathir

- Advertisement -

OLEH: Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin

Kuala Lumpur: Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan telah menyebut bahawa kononnya DAP tidak pernah menarik sokongan kepada Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri pasca PRU-14.

Rujuk laporan akhbar: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/07/03/pernahkah-dap-tarik-sokongan-loke-tanya-dr-m/

Kenyataan ini dibuat untuk membalas satu hantaran di media sosial oleh Tun Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa Parti DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Mungkin Anthony Loke telah terlupa bahawa DAP merupakan salah satu daripada pihak yang memberi tekanan kepada Tun Mahathir untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Pada tarikh 10 Mei 2019, Veteran DAP Lim Kit Siang telah menyatakan di dalam pentas ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan bahawa beliau sendiri akan meletakkan jawatan sekiranya Tun Dr. Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dengan segera.

Rujuk laporan akhbar: https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-politik/saya-akan-bersara-jika-tun-mahathir-tidak-serah-jawatan-kepada-anwar-lim-kit-siang-207370%3famp=1

Ini adalah antara bukti utama yang memperlihatkan niat sebenar DAP yang sememangnya tidak ikhlas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selepas kemenangan besar gabungan parti itu pada tahun 2018.

Kenyataan daripada pemimpin DAP paling berpengaruh pada ketika itu telah menyebabkan banyak pihak di dalam gabungan Pakatan Harapan merasa tidak selesa dan mula mempertikaikan niat sebenar DAP.

Sekiranya tekanan tidak diberikan kepada Tun Dr. Mahathir pada ketika itu, sudah tentu tidak akan meletakkan jawatan atau mempunyai perancangan untuk berbuat demikian.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan Anthony Loke dan juga pemimpin DAP yang lain untuk tidak bersikap “lempar batu sembunyi tangan” dalam hal berkaitan peletakkan jawatan Tun Dr. Mahathir setelah 22 bulan memerintah negara.

Sikap DAP yang tidak ikhlas dalam menyokong pentadbiran Tun Dr. Mahathir pada ketika itu secara langsung turut menyumbang kepada peletakkan jawatan Perdana Menteri ke-7 pada ketika itu.

Beliau ialah Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat