Menteri Agama Puas Hati Persiapan Tabung Haji

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Setia Mohd Na’im Mokhtar menzahirkan rasa puas hati atas komitmen yang diberikan oleh seluruh kakitangan Tabung Haji yang menguruskan pendaftaran jemaah haji bagi tahun ini.

“Alhamdulillah setelah melihat sendiri persiapan Tabung Haji, saya sangat berpuas hati, semoga usaha dan pengorbanan mereka ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

“Tabung Haji sendiri telah beroperasi lebih 60 tahun, jadi sebarang kekurangan sebelum ini akan diperbaiki dari masa ke semasa bagi memastikan semua jemaah yang terpilih dapat pergi menunaikan ibadah sesuai masa yang ditentukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan mengejut ke Bahagian Operasi Domestik Haji, malam tadi.

Pelepasan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei 2023.Seterusnya Mohd Naim turut kagum dengan kakitangan Tabung Haji yang bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan para jemaah Malaysia bagi tahun ini.

“Dikesempatan ini saya juga ingin memuji pihak pengurusan dan seluruh kakitangan Tabung Haji yang bersengkang mata siang dan malam bagi memastikan urusan pendaftaran jemaah berjalan lancar.

“Ada dikalangan mereka yang terpaksa tidur disini bagi memastikan pendaftaran semua jemaah dapat dilakukan tepat dan mengikut masa yang telah ditetapkan,” ujarnya pula.

Bagi tahun ini, hari Wukuf iaitu 9 Zulhijah dijangka pada hari Selasa, 27 Jun ini.

Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia membabitkan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri antaranya di Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat