Buktikan di mahkamah saya bersalah sesatkan orang ramai – Marhamah sedia letak jawatan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli menegaskan beliau sedia meletakkan jawatan sekiranya terbukti di mahkamah mendapati beliau bersalah menyesatkan orang ramai.

“Saya akan letak jawatan hanya apabila terbukti saya betul-betul menyesatkan orang dan betul-betul ada orang yang saya sesatkan.

“Buktikan di mahkamah,” katanya menurut BH pada Khamis, selepas merasmikan Program Hi-Tea Bersama Sahabat Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2026.

Isnin lalu, Pas Sabah menggesa Marhamah meletakkan jawatan sekiranya pihak berkuasa agama mengesahkan beliau terbabit atau menyokong fahaman New Age Movement (NAM).

Pesuruhjaya Pas Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata penelitian menyeluruh berasaskan bukti sahih dan disiplin ilmu perlu dilaksanakan pihak berkuasa agama bagi menentukan kedudukan sebenar isu terbabit.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga sudah mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Marhamah susulan dakwaan mengaitkan beliau dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran NAM.

Marhamah berkata, beliau tidak boleh mengulas sebarang kenyataan yang sudah dikeluarkan JAKIM.

“JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan media dan saya tidak boleh ulas lanjut.

“Doakan Allah jaga kita semua,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat