Calon Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa Tarik Diri, Dakwa Wujud Salah Laku

- Advertisement -

CYBERJAYA – Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa Mohammed Nik Faisullah Reed Mohammed Faisal pada Jumaat lalu mengumumkan menarik diri dari menyertai pemilihan semula bahagian itu, yang dijadualkan berlangsung semalam.

Menerusi surat yang ditandatangani dan dihantar kepada UMNO Pusat itu, Mohammed Nik Faisullah mendakwa tindakan menarik diri itu kerana hilang keyakinan terhadap terhadap UMNO Titiwangsa dalam mengendalikan proses pemilihan.

Beliau turut mendakwa wujud salah laku semasa pemilihan sebelum ini di mana ada cawangan yang menurutnya tidak pernah bersidang namun dibenarkan bermesyuarat dan menghantar perwakilan.

Berikut adalah kandungan surat tersebut.

Dengan ini menarik diri dari Pemilihan (Semula) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023- 2026 diatas sebab-sebab yang berikut:

  1. Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap UMNO Bahagian Titiwangsa dan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana;

 Pergerakan Pemuda UMNO cawangan-cawangan yang tidak pernah bersidang sebagai Persidangan Penaja dan dibenarkan bermesyuarat persidangan dan pemilihan jawatankuasa sedangkan cawangan-cawangan ini tidak layak untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Laporan telah dihantar oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa kepada Setiausaha Agung UMNO, Setiausaha Kerja UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU). Berikut adalah senarai-senarai Pemuda UMNO cawangan-cawangan yang telah memalsukan Persidangan Penaja dan dibenarkan oleh Setiausaha

Bahagian untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026;

  1. Simpang Flat Jalan Tun Razak
  2. Lembah Kinabalu
  3. Pandan Silaturahim
  4. Keramat Mall
  5. Ladang Maktab
  6. Berembang Hilir
  7. Ampang City
  8. Jalan Jetalik

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Damai Kompleks Vistana ini tidak layak bersidang kerana tidak mengadakan persidangan pemilihan dalam tempoh matang Cawangan Penaja iaitu tiga (3) bulan seperti didalam Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO 2022 , Fasal 16.3. tetapi juga dibenarkan untuk mengadakan persidangan pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026. Laporan telah dihantar oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa kepada Setiausaha Agung UMNO Setiausaha Kerja UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU).

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa sekali lagi membuat rayuan terhadap keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU), YBhg. Tan Sri Shahrir Abdul Samad  dan keputusan Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 tetap membenarkan cawangan-cawangan ini menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026. Berikut  merupakan cawangan-cawangan yang dipohon kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU) supaya tidak dibenarkan untuk menghatar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026.

i. Simpang Flat Jalan Tun Razak- Pemalsuan Persidangan Penaja (Cawangan Calon lawan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sdra. Mohd Fitri Che Ree)

ii. Lembah Kinabalu – Pemalsuan Persidangan Penaja

iii. Pandan Silaturahim – Pemalsuan Persidangan Penaja

iv. Keramat Mall – Pemalsuan Persidangan Penaja

v. Ladang Maktab – Pemalsuan Persidangan Penaja

vi. Jalan Maktab – Pemalsuan Persidangan Penaja (Ketua Cawangan bersetuju untuk tidak membenarkan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini untuk teruskan hasrat untuk memalsukan Persidangan dan mengarahkan supaya Pemuda UMNO Cawangan ini membuat Persidangan Penaja semasa persidangan cawangan diadakan dan akur dengan keputusan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini tidak layak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026)

vii. Berembang Hilir – Pemalsuan Persidangan Penaja

viii. Ampang City – Pemalsuan Persidangan Penaja

ix. Jalan Jelatik – Tidak mengadakan persidangan pemilihan dan memalsukan persidangan dan pemilihan

x. Damai Kompleks Vistana – Tidak mengadakan Persidangan pemilihan dalam waktu tiga (3) bulan selepas mengadakan persidangan penaja seperti didalam peraturan Pergerakan Pemuda UMNO 2022

Untuk makluman YBhg. Dato’, Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa telah menghantar 2 (dua) laporan melalui individu yang menerima arahan beliau kepada Badan Perhubungan UMNO

Wilayah Persekutuan tentang 2 (dua) Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan yang mengadakan

Persidangan Pemilihan lebih awal daripada Persidangan UMNO Cawangan dan membatalkan

Persidangan Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Komplek Perumahan Jalan Bidor dan

Perumahan Kerajaan Jalan Pegawai. Persidangan Pemilihan ini telah disahkan oleh Ahli

Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan mempunyai bukti gambar ketika Pemuda

Cawangan ini bersidang tetapi tetap dinafikan hak mereka untuk menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa bagi sesi 2023-2026 malah digantung kedua-dua cawangan ini. Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini telah membuat rayuan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayauh Persekutuan dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 tetapi tetap dinafikan hak mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah membuat rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU), YBhg. Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan tetap dinafikan hak mereka.

Ini adalah sebab-sebab kenapa saya hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap UMNO Bahagian Titiwangsa dan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana 9 (sembilan) cawangan yang tidak layak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ttiwangsa dibenarkan menghantar perwakilan (bermakna terdapat penambahan perwakilan seramai 45 orang (45 undi tambahan untuk calon pilihan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa) yang dibenarkan menjadi perwakilan) dan 2 (dua) cawangan (cawangan yang berpihak kepada saya) yang layak menghantar perwakilan tetapi dinafikan hak mereka.

  1. Merasakan proses pemilihan yang lalu penuh dengan penipuan dan pemilihan semula yang akan diadakan pada 6hb Mei 2023 di Pejabat UMNO Bahagian Titiwangsa akan juga berlaku berat sebelah dan pemilihan yang penuh dengan rasuah melibatkan duit yang banyak sehinggakan tidak masuk akal supaya dapat membeli undi daripada perwakilan untuk mencapai agenda peribadi seseorang yang hanya mahukan calon beliau mememnagi pemilihan ini, seperti semua di Titiwangsa sedia maklum bagaimana pemilihan UMNO Bahagian yang lalu penuh dengan rasuah melibatkan jumlah duit yang banyak diberikan kepada semua perwakilan saya yakin perkara sama akan berlaku pada pemilihan semula ini kerana agenda peribadi individu tersebut.

 

Untuk pengetahuan YBhg. Dato’, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian

Titiwangsa Puan Zaharah Adnan dan Pengerusi Penyelaras Pemilhan UMNO Bahagian Titiwangsa

Datuk Shamsul Bahari yang terlibat dalam mencuri kertas undi dan penipuan semasa Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tidak dikenakan apa-apa tindakan dan telah dibenarkan untuk mengendalikan semula Pemilihan di peringkat UMNO Bahagian Titiwangsa dan masih dikekalkan sebagai Pengerusi dan Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa dan saya melihat bahawa pemilihan di peringkat UMNO Bahagian juga tidak mempunyai kredibiliti dan dilihat pemilihan ini sangat kotor mengikut agenda Ketua UMNO Bahagian.

 

Pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa yang lalu sukacita untuk saya meneragkan sekali lagi kepada YBhg. Dato’ apa telah berlaku dan mengapa saya merasakan pemilihan ini berat sebalah;

FAKTA KES

  1. Urusetia pendaftaran seramai sembilan (9) orang telah dibawa oleh Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa (SUB). Maka urusan pendaftaran dan pemeriksaan senarai kehadiran perwakilan dikendalikan oleh pihak UMNO Bahagian Titiwangsa diketuai oleh Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa dan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Titiwangsa dan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa Sdra.Razali Tushan (Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa).
  2. Senarai perwakilan yang digunapakai oleh urusetia pendaftaran adalah yang disediakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa.
  3. Pengurusan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa juga telah menyediakan satu kaunter untuk para perwakilan mendaftar untuk mengabil tag perwakilan. Pengurusan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa juga telah mengambil inisiatif untuk membuat semakan kedua para perwakilan berdasarkan senarai yang diambil daripada sistem PACU UMNO Malaysia,
  4. Sepanjang tempoh pendaftaran dijalankan tiada sebarang insiden atau kekecohan berlaku. Semua berjalan lancar dan teratur.
  5. Semasa pengiraan jumlah kehadiran, Timbalan Pengerusi JPU Haji Shaari bersama beberapa jawatankuasanya telah mengira jumlah kehadiran perwakilan mengikut senarai pendaftaran oleh urusetia bahagian secara terbuka dan bersetuju bahawa jumlah perwakilan yang telah mendaftar dan hadir adalah seramai 313 perwakilan. (Klip video disertakan)
  6. Jumlah ini telah dimaklumkan kepada Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.
  7. Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa mengumumkan jumlah kehadiran perwakilan seramai 313 sebagaimana dimaklumkan oleh pihak JPU.
  8. Saudara Razali Tushan, Naib Ketua Pergerkan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah menyedari bahawa 3 orang wakil UMNO Bahagian tiada dalam senarai perwakilan maka Sdra. NKP memaklumkan kepada Timbalan Pengerusi JPU Haji Shaari untuk menambah bilangan tiga (3) orang Wakil UMNO Bahagian ini dan menjadikan jumlah keseluruhan perwakilan adalah seramai 316 perwakilan.
  9. Wakil JPU dan SUB bersetuju maka Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa mengumumkan jumlah perwakilan baharu kepada 316 perwakilan.
  10. Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah berjalan mengikut aturan agenda mesyuarat dan seterusnya proses pengundian bermula sekitar jam 3:20 petang dan berakhir pada sekitar jam 6:00 petang. Proses pengundian berjalan lancar, teratur dan dipantau sepenuhnya oleh pihak JPU dan Wakil UMNO Bahagian.
  11. Proses pemberian kertas undi kepada para perwakilan diuruskan sepenuhnya oleh urusetia UMNO Bahagian Titiwangsa yang sama mengendalikan proses urusan pendaftaran (awal tadi).
  12. Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah membuat ketetapan agar semua para perwakilan yang telah mengundi diminta untuk terus keluar meninggalkan dewan dan proses ini berjalan lancar serta teratur dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

 

BANTAHAN SERTA LAPORAN SALAH LAKU OLEH JAWATANKUASA PEMILIHAN UMNO 2023 (JPU)

TITIWANGSA DAN UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA

 

  1. Saudara Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Hairmanshah Bin Dato’ Haji Idris Shaari meminta Saudara Setiausaha UMNO Bahagian untuk mengira jumlah kertas undi yang bakal diedarkan mengikut jumlah perwakilan dihadapan perwakilan dan membawa keluar lebihan kertas undi. Akan tetapi ditolak keras oleh SUB.
  2. Mengikut ketetapan UMNO Malaysia kertas undi mestilah dikira dan dicop satu persatu dihadapan para perwakilan namun demikian proses ini tidak berlaku malah kertas undi telah dicop lebih awal oleh UMNO Bahagian Titiwangsa. Saudara Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, telah meminta jumlah kertas undi yang telah di cop terlebih awal dimaklumkan jumlahnya akan tetapi Setiausha UMNO Bahagian Titiwangsa merahsiakan jumlah tersebut.
  3. Kotak undi tidak di ”SEALED” dan boleh dibuka dengan mudah, alasan diberi oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Datuk Shamsul Bahari ialah ”terlupa beli salotape”. (Pita Pelekat).
  4. Tagging pada kotak undi sangat kecil tidak jelas dan mengelirukan para perwakilan.

 

PROSES PENGIRAAN UNDI

  1. Proses pengundian telah selesai jam 6 petang tetapi Datuk Shamsul Bahari berkeras hendak memulakan proses pengiraan undi 2 jam kemudiannya iaitu jam 8 malam dengan alasan tidak masuk akal. Perkara ini telah dibantah oleh Datuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa tetapi Datuk Shamsul Bahari tetap memulakan proses pengiraan undi pada jam 7:45 malam.
  2. Wakil calon telah diarah keluar dewan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Shamsul Bahari semasa tempoh berehat 2 jam tersebut. Perkara ini telah dibantah oleh Datuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
  3. Wakil UMNO Bahagian, Saudara Shahril Bin Salleh yang juga sebagai pengundi telah dibenarkan oleh Datuk Shamsul Bahari untuk berada bersama dengan JPU semasa waktu rehat 2 jam tersebut dan proses pengiraan undi.
  4. Pada jam sekitar 12 malam semasa proses pengiraan undi berjalan, wakil calon telah melihat Setiusaha UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Mohd Nor Bin Ibrahim masuk melalui pintu belakang dewan dan berada ditempat pengiraan undi dijalankan (dihadapan kotak undi). Wakil calon telah membuat bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa, Puan Zahara Adnan tetapi tidak diendahkan. Saudara Mohd Nor Bin Ibrahim, Setiausaha UMNO Bahagian berada sepanjang proses pengiraan undi berjalan dan beliau kelihatan berlegar-legar di kawasan pengiraan undi dan kotak undi.
  5. Setelah bantahan wakil calon tidak diendahkan, maka wakil calon telah keluar dari kawasan pengiraan undi dan melaporkan kepada Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah menelefon Datuk Shamsul Bahari untuk membantah kehadiran Saudara Mohd Nor Ibrahim, Setiausha UMNO Bahagian Titiwangsa. Setelah menunggu beberapa lama Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa masih berada didalam dewan maka SU Pemuda dan NKP telah masuk hanya berada dihadapan pintu dewan yang dikawal oleh anggota RELA dan meminta Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa untuk mengarahkan Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa keluar dari dewan. Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa telah membuat provokasi dan mengeluarkan katakata kesat dengan perkataan ”BAHALOL” kemudian beliau mengumumkan dirinya sebagai setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa dan beliau layak untuk berada didalam kawasan pengiraan undi sedangkan beliau juga adalah perwakilan yang mengundi. Wujudnya (Conflict of Interest).
  6. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa, Puan Zahara Adnan dan Datuk Shamsul Bahari telah beberapa kali menghalau wakil calon untuk keluar dari proses pengundian dengan alasan-alasan tidak munasabah.
  7. Setelah kotak calon Naib Ketua Pemuda selesai dikira, wakil calon mendapati ada lebihan 6 kertas undi bagi calon Naib Ketua Pemuda yang bertanding bercanggah dengan jumlah perwakilan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan wakil Jawatankuasa Pemilhan UMNO Bahagian Titiwangsa.
  8. Wakil Calon Ketua Pemuda Meminta undi calon Ketua Pemuda dikira semula dan wakil calon Ketua Pemuda juga meminta supaya beliau berada didalam dewan semasa proses pengundian sehingga semua kotak undi selesai dibuka kerana telah terbukti wujudnya lebihan 6 kertas undi bagi calon Naib Ketua Pemuda akan tetapi telah ditolak dan wakil calon Ketua Pemuda dihalau keluar dari dewan mengira undi oleh Jawatankuas Pemilhan UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Shamsul Bahari.
  9. Apabila tong undi calon-calon Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dibuka dan dikira, wujudnya dua kertas undi calon Naib Ketua Pemuda dan satu kertas undi Calon Ketua Pemuda menjadikan jumlah lebihan kertas undi calon Naib Ketua Pemuda kepada lapan (8).
  10. Apabila berlaku kejadian lebihan kertas undi ini, Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa dan Datuk Shamsul Bahari telah melengah-lengahkan proses pengiraan undi supaya kotak-kotak lain tidak dapat dibuka segera untuk pengiraan undi. Sebenarnya ”Delay Tactic” ini seolah-olah wujud agenda atau kospirasi lain dan sangat jelas bertujuan untuk mengaburi perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab mereka.
  11. Pada jam lebih kurang 4.35 pagi, ketika wakil calon ketua pemuda ke tandas, wakil calon Naib Ketua Pemuda telah menyaksikan Datuk Shamsul Bahari bergegas terus ke kotak undi dan telah mengambil sejumlah kertas undi dan memasukkan kedalam poket seluar beliau. Wakil calon Naib Ketua Pemuda telah menjerit dan berteriak serta membantah perbuatan tersebut.
  12. Wakil Calon Naib Ketua Pemuda telah membantah dan meminta penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan dan Datuk Shamsul Bahari tetapi mereka berdua tidak mengendahkan malah meminta wakil calon Naib Ketua Pemuda menutup mata kerana calonnya telah menang.
  13. Wakil calon Ketua Pemuda telah meminta penjelasan mengenai insiden tersebut akan tetapi tidak di endahkan. Wakil calon Ketua dan Naib Ketua Pemuda telah diarahkan keluar secara kasar dan jeritan oleh Datuk Shamsul. Wakil Calon Naib Ketua Pemuda telah keluar dan melaporkan kepada calon. Calon telah mengadukan insiden ini kepada Pengurusan Pemuda.
  14. Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Setiausaha Pemuda bersama barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah masuk secara berhemah ke dalam dewan dan telah bertanyakan mengenai insiden tersebut. Turut sama masuk ke dalam dewan ialah Calon-calon dan Wakil-wakil Calon serta perwakilan yang masih berada di luar dewan menunggu keputusan.
  15. Sebagai mana video yang telah tular begitulah insiden yang berlaku iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan telah bersubahat menyimpan kertas undi yang telah dicuri oleh Datuk Shamsul Bahari. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa, Puan Zaharah Adnan, telah mengaku beliau terlibat melakukan kesilapan dengan menyimpan kertas undi yang dicuri oleh Datuk Shamsul Bahari dengan ayat sebagaimana dalam video. (Video disertakan) ”Datuk gave it to me, i just put in”.
  16. Ekoran dari pengakuan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan dan bukti kertas undi dicuri berada di dalam simpanan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa maka tiada lagi ketelusan dalam proses pengiraan undi.
  17. Datuk Ketua Pemuda bersama Sdra. Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pengurusan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, bersetuju untuk mengantungkan mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa sesi 2023-2026 dan bersetuju untuk menghantar laporan salah laku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa dan Jawatankuasa nya serta salah laku UMNO Bahagian Titiwangsa termasuk Datuk Shamsul Bahari yang telah bertindak mencuri kertas undi dan memanipulasi proses pemilihan serta pengiraan undi dan Saudara Mohd Nor Ibrahim, Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa yang turut bersubahat dari awal proses kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 Malaysia.
  18. Pengumuman telah dilakukan oleh Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Saudara Jamarul Rasol bagi mengantungkan mesyuarat dan pemilihan kali ini.

 

LAIN-LAIN INSIDEN

  1. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Haji Shaari telah cuba menipu fakta dalam borang laporan pengiraan undi dan telah bertindak memaksa dan memperdaya Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa Saudara Jamarul Rasol untuk menandatangani borang laporan walaupun pengiraan undi masih lagi berjalan. Perbuatan ini adalah satu salah laku besar yang tidak sepatutnya berlaku (Video Disertakan).
  2. Pada pendapat kami, semua ini telah dirancang dengan begitu teliti oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO dan UMNO Bahagian Titiwangsa dari awal lagi.
  3. Haji Shaari, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa telah mengaku bahawa beliau telah menerima arahan dari pihak atasan.

 

KESIMPULAN

  1. Proses pengiraan undi telah dicabuli dan dicemari oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa dan Jawatankuasanya serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras UMNO Bahagian TItiwangsa Datuk Shamsul Bahari dan Jawatankuasanya.
  2. Terdapat lapan (8) kertas undi lebihan kertas undi Calon Naib Ketua Pemuda daripada jumlah keseluruhan perwakilan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa iaitu 316 perwakilan.
  3. Terdapat dua (2) lebihan kertas undi Calon 01 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ketika membuka kotak undian Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahgian.
  4. Kertas undian yang telah dicuri oleh Datuk Shamsul Bahari adalah kertas undi bagi calon Ketua Pemuda Bahagian 01 (beliau mengaku kepada wakil calon saya (Calon 01 Ketua) iaitu abang saya sendiri dan apabila diminta untuk mengeluarkannya daripada dalam poket seluar beliau tetapi tidak mengeluarkannya). Bukti kertas undi yang dicuri oleh Puan Zaharah Adnan telah disertakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Walaubagaimanapun jumlah sebenar kertas undi ini tidak dapat dipastikan sama ada lebih lagi daripada lima kertas kerana telah dikoyakkan yang disimpan dan dikeluarkan daripada dalam bag Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan.
  5. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian TItiwangsa telah meminta kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia untuk membuat semula pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan dikendalikan sepenuhnya oleh UMNO Malaysia bukan lagi UMNO Titiwangsa ataupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan yang mana keduaduanya diterajui oleh ”Pemimpin” yang sama.
  6. Seperti kita sedia maklum bahawa perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan dan Pengerusi Penyelaras Pemilhan UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Shamsul Bahari dan Setiausaha Penyelaras Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Saudara Mohd Nor Bin Ibrahim telah dilantik oleh YB. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani selaku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan.

Laporan ini telah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023  (JPU) dan salinan kepada Presiden UMNO, Setiausaha UMNO, dan Lembaga Disiplin UMNO. Beberapa individu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin tetapi keputusan daripada siasatan dan tindakan masih lagi tidak diumumkan.

iii.     Terdapat keraguan berkaitan pemilihan lokasi pembuangan undi untuk pemilihan semula.

Seperti permohonan rayuan kepada YBhg. Dato’ daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa yang telah memohon pertimbangan khusus dari YBhg. Dato’ supaya dapat meluluskan agar Persidangan (Pemilihan) semula bagi memilih Ahli Jawatankuasa dan Wakil 2 (G2) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa sesi 2023-2026 dapat dilaksanakan di lokasi pilihan kami.

Permohonan daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa agar persidangan

(pemilihan) semula ini diadakan di lokasi pilihan kami selain Pejabat UMNO Bahagian Titiwangsa dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan dibantu oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 tempohari agar permasalahan yang berlaku sebelum ini tidak berulang. 

Kami yakin pemilihan (semula) yang akan diadakan di Pejabat UMNO Bahagian pada 6hb Mei 2023, Sabtu ini segala penipuan kertas undi akan dirancang dengan begitu teliti dan perkara yang berlaku sebelum ini akan tetap berlaku lagi.

Saya, Mohammed Nik Faisullah Reed Bin Mohammed Faisal Calon 01 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa yakin saya telah memenagi pemilihan yang diadakan tempohari kerana saya telah memperoleh undian sebanyak 150 undi manakalan calon pilihan Ketua UMNO Bahagian, Sdra. Mohd Fitri Che Ree mendapat 155 undi. Lebihan kertas undi yang dicuri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa Puan Zaharah Adnan adalah sebanyak 5 kertas undi. Manakala jumlah kertas undi yang dicuri oleh Pengerusi Penyelaras Pemilhan UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Shamsul Bahari tidak diketahui kerana beliau tetap tidak mahu mengeluarkannya daripada poket seluarnya dan kami yakin bahawa sejumlah yang banyak kertas undi yang disimpan didalam poket seluarnya. Sebanyak 2 (dua) lebihan kertas undi Calon 01 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian juga dijumpai dalam kotak undi Ahli Jawatankuasa. Saya juga yakin terdapat lebih banyak lagi kertas undi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian didalam kotak undi Ketua Pergerakan Pemuda UMNIO Malaysia kerana kekeliruan perwakilan semasa proses pengundian dengan taklimat yang diberikan tidak jelas dan kotak undi yang diletakkan sebelah sebelah dengan kotak Bahagian dan Pusat yang sengaja dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Titiwangsa.

Manakala bagi Alfisyahrin Ahmad Calon 03 Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Bahagian Titiwangsa pula mendapat 121 undi dan lagi dua calon mendapat 105 undi dan 90 undi. Terdapat 8 (lapan) lebihan kertas undi dari jumlah keseluruhan perwakilan iaitu sebanyak 316 perwakilan yang hadir. Bagi memudahkan lagi kemenangan pada pemilihan semula kali ini calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sdra. Mohamad Faris Bin Ahmad telah dipaksa dan diugut supaya menarik diri supaya calon pilihan Ketua UMNO Bahagian boleh mendapat undi daripada perwakilan yang memberi undi kepada Sdra. Mohamad Faris Bin Ahmad dan memenagkan calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahgian pilihanKetua UMNO Bahagian itu sendiri. Kami sangat yakin kemenangan akan berpihak kepada kami tetapi kami hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap proses pemilihan semula yang akan diakan pada 6hb Mei ini. Kami yakin pemilihan semula kali ini akan lebih kotor, jahat dan lebih zalim supaya agenda individu tersebut tercapai. Kami juga telah menerima laporan daripada perwakilan bahawa duit sogokan (rasuah) yang banyak telah berlangsung di Restoran Salai-Salai kepunyaan Datuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian supaya perwakilan mengundi calon pilihan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan semula. Dan ada juga perwakilan yang tidak menerima wang sogokan lagi tetapi telah dijanjikan sejumlah yang besar selepas mengambil gambar kertas undi selepas pemilihan semula ini.

Kami ingin menyatakan dengan sekeras-kerasnya bahawa saya, Mohammed Nik Faisullah Reed  Bin Mohammed Faisal dan Alfisyahrin Ahmad  hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap

  1. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani dan UMNO Bahagian Tititwangsa serta Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan kami merasakan semua hujah dan fakta-fakta yang kami kemukakan ini cukup dan kami tidak nampak bahawa keadilan dan ketulusan akan berlaku terhadap diri kami dan semua calon bukan pilihan pihak individu tersebut yang bertanding akan dinafikan hak kami dan semuanya akan melibatkan agenda peribadi individu tersebut.

Pada padangan kami seeloknya peluang ini diberikan kepada calon pilihan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu sendiri dalam pemilihan ini. Disamping itu, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada calon-calon pilihan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang akan menang tanpa bertanding apabila kami menarik diri. 

Oleh yang demikian, kami dengan ini berlapang dada membuat keputusan untuk menarik diri daripada pemilihan semula yang akan diadakan pada 6hb Mei 2023, Sabtu ini di Pejabat UMNO Bahagian. Penarikan ini saya buat dengan akal yang waras dan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak terhadap diri saya. 

Good luck kepada UMNO! Semoga UMNO dapat mengembalikan kepercayaan ahli dan rakyat dimasa akan datang.

Saya mohon maaf kepada pihak YBhg. Dato’ dan Jawatankuasa pengurusan yang terlibat dalam menjalankan pemilihan semula kali ini.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

Mohammed Nik Faisullah Reed Bin Mohammed Faisal

Calon 01 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat