Sumbangan RM 2.16 Juta Untuk Warga ATM Sempena Hari Raya Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tahun ini sebanyak 79 buah syarikat, badan korporat serta individu telah menyumbang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan jumlah kutipan sumbangan RM2.16 juta dalam bentuk tunai, barangan keperluan dan juadah hari raya direkodkan.

Acara yang diadakan setiap tahun ini bertujuan bagi menghargai para penyumbang yang sentiasa menyokong dan menghargai perjuangan dan jasa ATM kepada Negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh para penyumbang yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan.

“Dengan sumbangan tersebut, ATM berjaya menyediakan 15,000 beg yang akan diserahkan kepada semua perajurit dan pertiwi negara yang bertugas menjaga keselamatan perbatasan dan kesejahteraan negara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H di seluruh pelusuk tanah air melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” kata kenyataan Kementerian Pertahanan hari ini.

Pada majlis tersebut juga, Mohamad Hasan telah menyempurnakan penyampaian sumbangan dalam bentuk beg yang berisi pelbagai barangan sebagai simbolik penyerahan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Hafizuddeain bin Jantan yang mewakili Panglima Tentera Darat.

“Barangan sumbangan tersebut telah diterima dan dikumpul serta dilaksanakan pembungkusan semula oleh isteri-isteri pegawai dan anggota ATM yang sentiasa berganding bahu menjadi tulang belakang dalam membantu menjayakan sebarang keperluan ATM selama ini,” katanya kenyataan itu.

Mohamd Hasan turut menyampaikan sumbangan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM mewakili Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM atas usaha dan tenaga kerja tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, tanggungjawab mempertahankan negara tidak hanya diletakkan ke atas ATM malahan agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat secara keseluruhannya.

“Keprihatinan dan sumbangan rakyat terhadap keperluan ATM mampu memastikan kesiagaan dan keupayaan ATM dapat diteruskan.

“Bukti keprihatinan rakyat ini adalah selari dengan konsep keseluruhan rakyat (whole of society) seperti yang dihasratkan dalam Kertas Putih Pertahanan,” katanya.

Selain sumbangan tersebut, Mohamad Hasan mewakili ATM turut menerima sumbangan Zakat, Wakalah dan Waad yang diserahkan oleh wakil daripada 8 agensi.

“Jumlah keseluruhan Zakat, Wakalah dan Waad yang disumbangkan adalah berjumlah RM 2.01 juta yang diterima daripada Affin Islamic Bank Berhad, Koperasi Tentera, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakat Pulau Pinang, Lembaga Zakat Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang kerana sentiasa menghulurkan sumbangan dan bantuan demi keperluan ATM.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Ahmad, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Mohamed Fauzi bin Kamis serta para pegawai kanan ATM.

Sebarang pertanyaan berkaitan acara boleh menghubungi, Lt Kol Zuhairy bin Limat di talian 012 – 613 8538 atau Mejar Siti Aishah binti Noor di talian 019 – 2679954.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat