Operator pelancongan laut dan pulau dinasihat jangan ambil risiko ketika jerebu dan fasa peralihan monsun

KUALA LUMPUR – Semua operator pelancongan digesa mengetatkan lagi langkah keselamatan disebabkan risiko jerebu dan tempoh perubahan cuaca ketika fasa peralihan monsun, khususnya untuk aktiviti skuba dan snorkeling, demikian kata Presiden Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) Aminor Azmi Abdul Latip.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan pelancong selain jarak penghilatan yang kurang di laut yang akan menyukarkan jurumudi bot untuk mengesan bot lain dan juga peserta aktiviti di permukaan air.

MSDA meminta pihak operator sentiasa menyemak bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan berhampiran dan menilai keadaan jarak penglihatan sebenar di laut sebelum memulakan perjalanan.

Fasa peralihan monsun diramalkan bermula dari 9 Oktober hingga penghujung Oktober berpotensi berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang menuntut pengendali bot berhati-hati dalam merancang perjalanan di laut.

Bagi pengusaha pulau khususnya di Pantai Timur, MSDA menggesa mereka untuk tidak mengutamakan tempahan terakhir menjelang penutupam operasi bermusim sehingga mengetepikan aspek keselamatan.

“Bagi memastikan keselamatan perjalanan, operator disaran memeriksa keadaan enjin, sistem bahan api, bateri, stereng dan pam mengeluarkan air, selain memastikan bekalan bahan api mencukupi termasuk untuk kegunaan kecemasan.

“Peralatan komunikasi seperti radio marin juga perlu diuji sebelum perjalanan, manakala jaket keselamatan, peralatan navigasi, kit pertolongan cemas dan kelengkapan kecemasan hendaklah tersedia serta berfungsi dengan baik,” katanya.

Aminor Azmi berkata operator turut perlu merekodkan senarai penumpang, laluan perjalanan, lokasi aktiviti dan jangkaan waktu pulang untuk dimaklumkan kepada petugas di darat, termasuk prosedur tindakan sekiranya bot lewat atau gagal dihubungi.

“Selain memastikan bot tidak membawa muatan berlebihan, kru perlu memahami prosedur kecemasan dan memberikan taklimat keselamatan kepada semua peserta sebelum bertolak.

“Dalam pada itu, pelancong dinasihatkan memastikan diri berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai aktiviti marin serta membawa bekalan ubat-ubatan peribadi yang mencukupi, khususnya ubat yang dipreskripsikan doktor,” katanya.

Tambah beliau, pelancong juga perlu memaklumkan kepada operator atau pemandu aktiviti mengenai sebarang keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan keselamatan.

Mereka yang tidak sihat atau ragu-ragu mengenai kesesuaian untuk menyelam disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan aktiviti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat