Pemuda UMNO Selangor Selar Provokasi Melampau Terhadap Ismail Sabri

- Advertisement -

SHAH ALAM: Provokasi menggesa pembubaran Parlimen oleh sekumpulan kecil penyokong Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya berlaku kata Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Selangor, Azley Yahya.

Tegasnya, tindakan tersebut boleh memberikan tanggapan negatif terhadap BN yang menunjukkan keangkuhan apabila menang 2/3 majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu.

“Saya baru-baru ini melihat satu bentuk provokasi terhadap YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tentang pembubaran Parlimen pada malam Sabtu sewaktu sedang menunggu keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) saya fikir ia adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku yang mungkin dapat memberikan tanggapan yang negatif terhadap Barisan Nasional yang menunjukkan keangkuhan apabila menang 2/3 Majoriti pada PRN Johor pada kali ini.” Katanya kepada SuaraTV.

sekumpulan kecil penyokong UMNO menjerit bubar bubar bubar ketika Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO tiba di Ibu pejabat UMNO Negeri Johor bagi melihat keputusan Pilihan Raya Negeri Johor ke 15

Katanya lagi, kita harus sedar pada realiti bahawa sokongan yang diterjemahkan dalam kertas undi terhadap Barisan Nasional bukanlah indikator yang begitu jelas.

Jelasnya, pada PRN Johor itu, daripada 18 daripada 40 kerusi DUN yang dimenangi BN jikalau dicampurkan atau digabungkan undi-undi parti-parti pembangkang, maka kerusi tersebut akan dimenangi oleh pembangkang dan BN akan hanya tinggal dengan 22 kerusi sahaja.

“Betul! walaupun sekarang Pembangkang berpecah tidak semestinya dengan kemenangan BN pada PRN Johor pada kali ini merupakan indikator bahawa kita perlukan Pilihanraya Umum (PRU-15) dengan segera.

“Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan masih stabil dan boleh berfungsi atas dasar kesepakatan parti-parti yang membentuk kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri.” Ujar beliau.

Menurutnya lagi, negara bakal beralih ke Fasa Endemik pada 1 April ini, signal untuk mengadakan PRU15 adalah satu signal yang tidak baik pada negara dan rakyat kerana ia boleh menjejaskan”Recovery period” kita yang amat penting.

Kerajaan pimpinan Ismail Sabri patut diberi peluang untuk menyambung balik apa yang tergendala dalam jangka masa 2 tahun ini.

“Kita baru sahaja mahu beralih ke fasa endamik pada 1 April ini, Ekonomi sedang giat membangun balik, rakyat sudah mula bernafas semula dan sedang berusaha untuk mengembalikan apa yang telah tergadai dan yang telah mereka lalui dalam jangka masa 2 tahun ini.

“Kerajaan sedangpun melalui proses pemulihan dengan menyambung balik apa yang tergendala dan memberikan nafas yang baru kepada seluruh Rakyat Malaysia.

“Signal untuk mengadakan pilihanraya sekarang adalah satu signal yang tidak baik pada negara dan rakyat kerana ia boleh menjejaskan”Recovery period” kita yang amat penting.Kestabilan itu amatlah penting bagi memastikan Kerajaan pada masa kini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik pada Rakyat.

“Janganlah kita angkuh akan kemenangan pada PRN Johor.tetapi kita perlu terjemahkan, tunjukkan pada rakyat bahawasanya Barisan Nasional lah yang menjamin Kestabilan, Pembangunan dan Kesejahteraan kepada Rakyat.” katanya.

Terdahulu Media melaporkan terdapat sekumpulan kecil penyokong UMNO menjerit “bubar, bubar, bubar” ketika Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO tiba di Ibu pejabat UMNO Negeri Johor bagi melihat keputusan Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

Tindakan sekumpulan kecil penyokong parti menjerit meminta pembubaran Parlimen ketika ketibaan Perdana Menteri sebagai satu perbuatan tidak bermaruah telah mendapat kritikan beberapa pihak. -SuaraTV

 

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat