PAS Harap Dapat Temu UMNO Bincang Kerjasama PRN Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS Johor berharap pertemuan antara parti itu dengan UMNO yang sepatutnya diadakan pada hari ini dijadualkan semula bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor portal Malaysiagazette.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, penangguhan pertemuan hari ini berkemungkinan disebabkan kesibukan masa Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

“Bagaimanapun kita akan menunggu tarikh baharu untuk pertemuan itu diadakan, harapnya dalam tempoh beberapa hari ini dan bukan terus dilupakan,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, PAS menghormati pendirian Hasni yang mahukan Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo dalam PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor pada Sabtu lalu.

Namun menurut pemimpin PAS itu lagi, keputusan sedemikian hanya boleh diputuskan oleh pimpinan tertinggi UMNO dan PAS.

“Dia (Hasni) selaku pimpinan tertinggi UMNO negeri boleh membuat kenyataan itu, tetapi muktamad hanya boleh diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pas dan juga UMNO.

“Ini kerana BN Johor dan UMNO Johor juga terikat dengan keputusan peringkat pusat, sama seperti Pas Johor, jadi soal kerjasama dalam PRN akan datang kita serahkan kepada mereka (pusat) tentukan.

“Tetapi kebiasaannya ketika ini masih ada ruang untuk kami menjalin kerjasama dalam PRN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat