Pengampunan Beramai-Ramai, Tun Faisal Berharap Turut Diampunkan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena bulan suci Ramadan dan ulang tahun 75 UMNO, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan berjiwa besar memaafkan semua yang selama ini menyanggah keputusan parti dan juga berbeza pendapat peribadi dengan beliau.

Susulan pengampunan pukal yang diumumkan Zahid semasa sesi temubual dengan portal UMNO Online, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang digantung keahlian selama enam tahun berharap turut dikurniakan keampunan daripada Presiden parti itu.

“Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kemaafan kepada semua pihak yang berbeza pendapat dangan beliau dan parti.

“Semoga hukuman penggantungan selama enam tahun ke atas saya juga dapat ditarik balik. Terima kasih Datuk Seri Presiden,” catat Tun Faisal di Facebooknya.

Terdahulu Zahid secara terbuka memberitahu mahu mengembalikan UMNO ke landasan semula.

“Saya maafkanlah sesiapa yang berbeza pendapat dengan saya, saya maafkanlah siapa yang menyanggah keputusan parti.

“Saya maafkanlah semua orang yang tidak bersetuju dengan saya pada bulan Ramadan ini. Tambahan pula sempena 75 tahun ulang tahun UMNO ini lazimnya ada pemimpin beberapa buah negara tertentu bila ada perayaan akan buat pengampunan beramai-ramai.

“Jadi saya beri pengampunan secara beramai-ramailah kepada mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan parti atau saya secara peribadi,” ucap Zahid.

Tindakan Zahid ini dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin yang berjiwa besar demi kembali rapatkan saf.

Sebelum ini, Tun Faisal dilaporkan berkata, Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat