Perantau Pulang ‘Bersama’ Virus, Penduduk Sekampung Diarah Jalani Ujian Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA – Gara-gara beberapa perantau yang pulang ke kampung halaman tanpa menyedari diri dijangkiti virus Covid-19, akibatnya seluruh penduduk Kampung Chedok di Tanah Merah, Kelantan diarah menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini.

Ujian saringan dilakukan selepas beberapa penduduk di kampung berkenaan didapati positif, lapor Malaysiakini.

Seorang penduduk, Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan ujian itu dilakukan oleh petugas kesihatan di sebuah surau berdekatan.

“Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwajib selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati positif.

“Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan,” katanya.

Penduduk kampung itu juga berkata, mereka bimbang dengan penularan Covid-19 di kawasan berkenaan susulan ‘pembawa’ dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.

“Sebagai penduduk, semestinya menjadi kebimbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani ujian saringan.

“Selain penduduk di sini, ada juga penduduk dari kampung berhampiran untuk turut sama lakukan ujian dan ada juga yang buat saringan lebih awal di klinik dan hospital,” ujarnya.

Terdahulu, viral di media sosial gambar-gambar penduduk yang sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan.

Untuk rekod Kelantan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu lalu dengan kes positif keseluruhan berjumlah 1,565 setakat ini.

Sementara itu, memetik laporan sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Husin mengesahkan pihaknya telah menjalankan ujian saringan di kampung berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat terperinci yang dapat dikongsikan buat masa ini.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat