Peminjam PTPTN gaji bawah RM2,500 dibenar tangguh bayaran balik

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi penangguhan pembayaran balik, kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan hingga RM2,500 sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

“Langkah ini akan memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pada masa sama, peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus.

Kerajaan turut bersetuju memberi potongan cukai kepada majikan yang membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja.

“Galakan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat