Warga asing tidak dapat status Bumiputera jika kahwini Melayu Islam

KUALA LUMPUR – Perkahwinan seseorang warga asing beragama Islam dengan orang Melayu Islam di negara ini tidak akan mengubah status keturunan asal mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membuat penentuan keturunan seseorang warga asing berdasarkan perkahwinan tersebut.

“Di samping itu, penentuan sama ada seseorang individu itu berstatus Bumiputera (atau tidak) serta kelayakan untuk menikmati sesuatu hak atau keistimewaan yang diperuntukkan kepada Bumiputera adalah di luar bidang kuasa JPN.

“Hal ini kerana perkara tersebut tertakluk kepada undang-undang, dasar dan syarat yang ditetapkan oleh agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin mengetahui jika warga asing beragama Islam akan dianggap berstatus Bumiputera sekiranya mereka berkahwin dengan orang Melayu yang menjadi rakyat negara ini.

Hok Liong turut bertanya sama ada mereka layak atau tidak untuk menikmati hak atau keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera, serta syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat kelayakan tersebut.

Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan bahawa anak yang lahir hasil perkahwinan sah dalam situasi itu boleh didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa.

“Sama ada berketurunan Melayu atau mengikut keturunan warganegara asing berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat