CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rancangan bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menubuhkan parti baru yang hanya berasaskan orang muda sahaja tidak akan berjaya.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang kini mengasaskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), juga mendakwa model yang dibawa oleh Syed Saddiq itu tidak sesuai.
“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru. Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.
“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.
“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Terdahulu pada Jun Lalu, Syed Saddiq mengkritik kecenderungan ahli politik ‘tua’ yang berebut kuasa, dipercayai menyindir isu jawatan Perdana Menteri melibatkan Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merintis kepada kejatuhan kerajaan PH.
“Kita perlu lebih ramai belia dalam politik, bukannya orang tua yang berebut kuasa. Berkhidmat untuk memimpin,” kata Syed saddiq. – SuaraTV
- Mukhriz Dakwa Kenyataan Syed Saddiq Tubuh Parti Baru Disalah Tafsir
- Siasatan Kes Syed Saddiq, Skandal Terowong Hampir Selesai, Kata SPRM
- Mahathir Umum Henti Kerjasama Dengan Anwar dan PKR, Cari Jalan lain Jadi PM
- Dr Mahathir Luluskan Peruntukan Khas RM5 Juta Untuk Syed Saddiq
- Surat Mahathir Arah Muhyiddin Keluarkan LTTE Dari Senarai Pengganas
- Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG