Elemen anti rasuah dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun depan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Elemen antirasuah melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 5 akan diperkenalkan di sekolah bermula tahun depan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Azam berkata ia adalah usaha untuk mendidik akan pencegahan rasuah di peringkat awal persekolahan bagi membanteras gejala berkenaan.

“Pihak saya sedang memberikan tumpuan kepada pendidikan berkesan akan pencegahan rasuah di peringkat persekolahan dan universiti.

“Sebelum ini, subjek pendidikan sivik dan moral bagi sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan termasuklah pendidikan sivik untuk prasekolah yang berkaitan dengan nilai-nilai murni,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, semalam.

Selain itu, katanya, tiga buah pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bersetuju untuk mengadakan subjek elektif integriti dan rasuah selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NCAP).

Sebelum ini Azam bekata kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian ahli Parlimen.

Beliau menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Menurut Azam, pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada ahli Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat