Siasatan Kes Syed Saddiq, Skandal Terowong Hampir Selesai, Kata SPRM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua siasatan kes rasuah yang menjadi perhatian ramai ketika ini iaitu kes melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang kini sudah di peringkat akhir siasatan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Berdasarkan laporan The Star Online, Azam ketika ditanya mengenai siasatan terhadap Syed Saddiq dan kehilangan wang tunai berjumlah ratusan ribu berkata, hanya tinggal beberapa orang lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan kes tersebut sudah di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Menurut beliau, siasatan kes tersebut mungkin dapat dilengkapkan dalam tempoh seminggu sahaja lagi.

Azam turut memberikan komen yang sama terhadap kes skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat