Ketua Pemuda MCA Sembrong dipecat, gugur ahli majlis gara-gara khianat parti sertai Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MCA mengesahkan sudah memecat Ketua Pemuda MCA Sembrong, Eugene Lim Yew Chin, yang menyertai Bersatu baru-baru ini.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Yew Chin juga akan digugurkan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang MPK, berikutan tindakannya mengkhianati parti.

“Saya sahkan Yew Chin sudah dipecat dari MCA. Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis MPK juga akan tergugur,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dilaporkan menggesa kerajaan Johor menggugurkan Yew Chin sebagai Ahli Majlis susulan tindakannya menyertai Bersatu.

Sin Woon dilaporkan berkata, MCA memecat Ketua Pemuda MCA Sembrong itu susulan beliau menyertai Bersatu tanpa memaklumkan kepada parti itu terlebih dahulu.

MCA turut dilaporkan berkongsi gambar Yew Chin memakai baju-T Bersatu di samping Ketua Sayap Hal Ehwal Bukan Melayu BERSATU, Chong Fatt Full, dipercayai menyerahkan surat permohonan menyertai parti itu, lapor BH pada Selasa.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon memaklumkan beliau akan membawa isu Yew Chin itu ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) bagi menggugurkan keanggotaannya sebagai Ahli Majlis MPK.

Tian Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor berkata, mesyuarat MMK dijangka akan diadakan pada minggu hadapan.

“Saya sudah terima surat rasmi daripada MCA Pusat berhubung pemecatan Yew Chin daripada parti selain arahan untuk menggugurkannya sebagai Ahli Majlis di Kluang.

“Oleh itu, isu ini akan dibawakan ke mesyuarat MMK bagi tindakan segera.

“Saya sebagai Ketua Pemuda MCA sangat kecewa dengan tindakan Yew Chin kerana tidak berlaku sebarang pergolakan dalaman sehingga menyebabkannya terpaksa berhijrah ke parti lain.

“Timbalannya kini akan memangku jawatan Ketua Pemuda Sembrong dan kita akan pastikan Bahagian Pemuda di Sembrong tidak terjejas,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat