Himpunan kes Najib Razak boleh jejaskan kerajaan Perpaduan – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Lim Guan Eng membidas tindakan Umno kerana berganding bahu dengan Pas mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 6 Januari ini.

Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Umno menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Umno mesti sedar bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang Pas, baik perhimpunan solidariti ataupun demonstrasi, akan menimbulkan keraguan tentang kestabilan politik dan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang di George Town, disertai veteran parti itu, Tan Sri Lim Kit Siang.

Dalam pada itu Guan Eng turut membidas Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh kerana mempersoalkan sama ada pengampunan diraja Anwar pada 2018 telah melalui Lembaga Pengampunan.

Beliau berkata Akmal pada dasarnya mempersoalkan kewibawaan Agong serta keabsahan Anwar sebagai Ahli Parlimen dan perdana menteri.

“Sebagai ahli kerajaan perpaduan tindakan sedemikian secara terbuka berniat mencabar malah menggugat kestabilan politik kerajaan perpaduan dan kedudukan perdana menteri.

“Saya mohon agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh perdana menteri untuk membetulkan keadaan ini demi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan,” lapor FMT di Pulau Pinang pada Selasa.

Perhimpunan pimpinan PAS itu akan diadakan pada hari yang sama Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib mengenai perintah tambahan yang didakwa meletakkannya di bawah tahanan rumah.

Ia merupakan kali pertama Umno dan Pas bekerjasama sejak kerjasama mereka menerusi Muafakat Nasional (MN) berakhir pada 2022.

Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada ahli Umno dan PAS. Pemimpin Bersatu juga dijangka hadir.

Amanah juga berkata ia tidak akan menghalang ahlinya daripada menghadiri perhimpunan itu, tetapi Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Karim telah menggesa rakan partinya supaya tidak mengambil bahagian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat