Kerakyatan Melayu untuk semua, “jangan tolak mentah-mentah, fikir dulu” – Ku Li

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar cadangan untuk memberikan kerakyatan Melayu kepada semua kaum tidak ditolak mentah-mentah.

Memetik wawancara Malaysiakini, beliau berkata, cadangan yang diperjuangkan tokoh politik kiri Dr Burhanuddin al-Helmy sebelum kemerdekaan itu dapat meleraikan pergeseran kaum akibat perbezaan keturunan.

“Ini semuanya adalah cadangan untuk kita fikir dan timbang. Selama mana kita nak duduk, tuduh-menuduh antara satu dengan yang lain?

“Suka tak suka, orang keturunan Melayu, keturunan Cina, keturunan India, keturunan Dayak, keturunan Kadazan, menjadi sebahagian daripada rakyat di sini, jadi kita kena hidup bersama.

“Takkanlah kita nak pertikai soal keturunan orang itu, keturunan orang ini berbeza daripada saya?

“[…] Janganlah menolak awal-awal lagi. Fikirlah dulu,” kata pengerusi Lembaga Penasihat UMNO dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tengku Razaleigh atau lebih mesra disapa Ku Li itu menyuarakan agar idea itu dihidupkan semula minggu lalu.

Namun ia berdepan kritikan di media sosial, terutamanya berkenaan hak keistimewaan dan status Bumiputera.

Cadangan kerakyatan Melayu untuk semua kaum itu terkandung dalam Perlembagaan Rakyat yang digagas oleh gabungan Putera-AMCJA.

Burhanuddin, pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – parti politik Melayu pertama selepas perang dunia kedua yang menuntut kemerdekaan – menubuhkan gabungan sayap pertubuhan berideologi kiri, Pusat Tenaga Rakyat (Putera).

Gabungan Putera dan Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) menggagaskan Perlembagaan Rakyat pada 1947 yang mengandungi 10 prinsip teras bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Prinsip keenam Perlembagaan Rakyat menggariskan bahawa: Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi.

Kata Ku Li, beliau mencadangkan kerakyatan Melayu digunakan memandangkan orang Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini.

“Jadi, kalaulah ambil nama itu (Melayu) menjadi kerakyatan negara kita, (iaitu) Melayu tak kira dia keturunan apa, keturunan Cina ke, India ke, asalkan dia rakyat Malaysia, dia itu (diberi kerakyatan) Melayu, apa salahnya?

“Orang Cina dari negara China, orang India dari negara India. Kalau rakyat Melayu daripada Malaysia, apa salahnya?” katanya.

Pun begitu, tambahnya lagi, dia hanya memberikan cadangan, dan ia boleh dikaji lanjut oleh golongan pakar mengenai bagaimana ia dapat disesuaikan dengan perlembagaan, termasuk isu-isu hak keistimewaan bumiputera, adat, definisi Melayu dalam perlembagaan dan sebagainya.

Katanya, dia hanya mahu mengusulkan jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kaum yang dapat diterima oleh semua pihak.

“Saya bukanlah ada kuasa nak menekan sesiapa. Ini cadangan yang dibawa dulu sebelum kita merdeka. Saya fikir, elok juga kita timbangkan.

“Kita banyak pakar sekarang ini yang boleh fikir semuanya ini.

“Saya dah cadangkan supaya kita timbang semula kalau boleh. Kalau tak boleh, tak apalah,” katanya lagi.

Perlembagaan Rakyat terkubur apabila British mengharamkan pertubuhan-pertubuhan dalam Putera-AMCJA ketika mengisytiharkan darurat 1948.

Perlembagaan Persekutuan yang digubal hari ini dirangka Suruhanjaya Perlembagaan Reid bersempena nama pengerusinya hakim Mahkamah Rayuan England Lord William Reid.

Perlembagaan ini kemudian diterima Parlimen British pada Jun 1957 dan berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.

Perlembagaan itu kemudian dipinda menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...