Pengalihan paip di Damansara Utama terlewat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuh Raya SPRINT di Damansara Utama mengalami kelewatan selama empat jam, berbanding jadual disebabkan masalah teknikal dan aspek keselamatan kerja di tapak.

Air Selangor menyasarkan kerja terbabit akan siap sepenuhnya pada jam 10 pagi ini, sejak dimulakan pada 12.30 tengah malam tadi.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan, bekalan air akan diagihkan selepas kerja pengalihan paip sementara itu siap.

“Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki yang digerakkan ke kawasan terbabit atau melalui tangki statik yang diletakkan di dua pusat khidmat setempat yang disediakan untuk kemudahan pengguna yang terbabit, ” kata kenyataan itu.

Selain itu, Air Selangor menasihati pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ketika mengambil bekalan air.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat