Ekonomi negara tidak merudum cuma gaji rakyat tak naik – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara berada dalam keadaan baik bagaimanapun tangga gaji rakyat tidak naik dengan cepat hal demikian apabila berlaku sedikit sahaja kenaikan harga barang tertentu ia dikira menjadi beban.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun mengakui nilai mata wang ringgit mengalami penurunan dan ia turut membabitkan negara lain seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat (AS).

“Ahli Parlimen Temerloh menyatakan bahawa ekonomi negara merundum ekoran nilai mata wang ringgit juga mengalami penurunan.
Tak betul. Pertumbuhan ekonomi naik dari satu suku ke suku. Ekonomi terus berkembang. Kadar pengangguran dan inflasi negara terendah.

“Nilai mata wang betul merudum tapi satu dunia merudum yang tak merudum sekarang hanyalah AS. Jadi sebab itu keadaan tidak boleh dibandingkan dengan keadaan dan nilai mata wang sekarang ini dalam suasana ekonomi dan juga perdagangan antarabangsa yang berbeza sekarang berbanding denagn tahun 1998 ataupun tahun 2015.

“Kalau nak dikatakan nilai mata wang merudum itu sebagai tanda kepada masalah ekonomi negara. Namun apa yang berlaku ialah bila mata wang merudum yang lain pun merudum juga gaji jatuh, ekonomi tak berkembang, orang hilang kerja itu baru boleh kata merudum.

“Tapi yang berlaku sekarang ini seluruh dunia mata wang jatuh kerana kita melalui keadaan yang mana kerajaan AS menaikkan kadar faedah, kemudian dunia pula berlaku pelbagai pergolakan dan bila berlaku pergolakan sudah tentu pelabur-pelabur mengambil langkah yang biasa iaitu memegang aset yang dikira paling stabil iaitu sama ada emas ataupun dolar AS,ekonomi tumbuh.

“Ekonomi sebenarnya berada dalam keadaan baik tetapi kita juga sedia maklum bahawa terutamanya oleh kerana tangga gaji rakyat itu tidak naik dengan cepat sebab itulah apabila berlaku sedikit saja kenaikan harga barang tertentu ia dikira menjadi beban,” jelas Rafizi.

Tegas beliau, kenaikan kadar faedah oleh AS dan pergolakkan dunia menyebabkan nilai mata wang kita dan juga negara lain turut jatuh.

Menurut Rafizi, satu dunia mengalami kejatuhan nilai mata wang.

“Dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi, pelabur-pelabur akan memulakan langkah mencari pelaburan dalam aset yang dianggap stabil, seperti emas atau dolar AS. Ini adalah kerana aset-aset ini cenderung mengekalkan nilai mereka dalam jangka masa pendek.

“Pada masa yang sama, dalam ekonomi yang berkembang dengan baik, kita sedar bahawa kenaikan gaji pekerja tidak meningkat dengan cepat. Ini bermakna walaupun terdapat peningkatan yang sederhana dalam harga barang, ia masih boleh memberi tekanan kepada pendapatan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat