Perbicaraan Kes Jenayah, Sivil Secara Fizikal Perlu Ditangguh Ketika Total Lockdown- Ketua Hakim Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua perbicaraan atau pendengaran kes sivil dan jenayah secara fizikal di Mahkamah perlu ditangguh terlebih dahulu dan ditentukan tarikh yang baharu kemudian.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan bertarikh 29 Mei menyebut, arahan daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu selaras dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun ini.

Menurut beliau, arahan ini hendaklah terpakai sekiranya Kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan pelaksanaan ‘lockdown’ ini dan tertakluk kepada apa-apa arahan
baharu yang dikeluarkan.

Dalam pada itu katanya, arahan semasa itu menyebut, pendengaran kes sivil perlu dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh berdasarkan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021 Pengendalian Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah Di Seluruh Malaysia.

“Dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama ini, sekiranya agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai kesukaran dalam meneruskan perbicaraan dan dikhuatiri akan menjejaskan hak pihak-pihak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil melalui teknologi komunikasi jarak jauh, pihak agensi kerajaan, peguam dan orang awam boleh memohon untuk menangguhkan kes,” kata memetik kenyataan itu.

Manakala bagi pemfailan kes sivil dan jenayah baharu, atau notis rayuan, serta dokumen berkaitan, kenyataan itu menyebut, ia boleh dilaksanakan seperti biasa melalui sistem aplikasi Mahkamah.

Untuk pengurusan kes sivil dan jenayah pula, ia perlu dilakukan dengan menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh.

Semua pertuduhan baharu, permohonan perintah reman dan permohonan perintah jenayah pelbagai, hendaklah dijalankan melalui kehadiran secara fizikal di mahkamah.

Bagi permohonan jenayah yang perlu dijalankan melalui kehadiran secara fizikal di Mahkamah Atasan atas sebab-sebab yang khas dan dalam keadaan tertentu (exceptional circumstances), Pejabat Ketua Pendaftar berkata, mahkamah akan menggunakan budi bicara dalam mempertimbangkan permohonan tersebut.

“Arahan ini mengatasi kesemua arahan terdahulu berhubung dengan operasi Mahkamah dalam tempoh kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan melalui e-mel pada 17 Mac 2020, 26 Mac 2020 dan 24 April 2020.

“Arahan ini hendaklah terpakai sekiranya Kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan pelaksanaan ‘lockdown’ ini dan tertakluk kepada apa-apa arahan baharu yang dikeluarkan,” ujarnya.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan, bolehlah menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-88804051 / 03-88804607 atau [email protected].

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat