AMPANG: Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyeru umat Islam agar mengawal emosi dan bertenang dalam menangani isu penjualan stoking tertera nama Allah KK Mart baru-baru ini.
Menurutnya, negara kita mempunyai keluhuran undang-undang yang perlu dipatuhi.
Jelasnya, beliau ada menghubungi pemilik peniagaan KK Mart untuk mengetahu insiden tersebut lebih lanjut.
“Alhamdulillah saya mendapat gambaran lebih jelas dari pelbagai perspektif.
“Stokinh itu diimport oleh pihak vendor, sebanyak 18,800 pasang stoking yang dipasang dalam consignment berkenaan dan hanya terdapat beberapa pasang stoking yag ada kalimah Allah.
“Dan hanya ditemui di KK Mart Bandar Sunway,” kata Annuar Musa ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Muafakat Nasional, di Madrastul Ar-Rahmaniah, Taman Sri Watan, Ampang, sebentar tadi.
Turut hadir Timbalan Presiden MN, Datuk Hajjah Zuraida Kamaruddin merangkap Pengerusi MN Negeri Selangor, Pengerusi MN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato’ Mohd Irwan Rizal dan dif-dif jemputan.
Dalam pada itu, kata Annuar Musa lagi, Tindakan memboikot keseluruhan cawangan KK Mart di seluruh negara adalah tidak wajar.
Ujarnya, pemilik KK Mart sudah memohon maaf dan kesal denga apa yang telah terjadi.
“Itulah indahnya Islam, dengan kepelbagaian agama dan kaum seperti Malaysia kita tidak harus membakar sentimen perkauman atau keagamaan secara sempit dan fanatik.
“Islam yang luhur dan murni tidak begitu, malah Islam yg di tegakkan secara bijaksana akan lebih dihormati,” katanya lagi.
Sementara itu, pada majlis tersebut Muafakat Nasional telah menyampaikan sumbangan kepada khariah Madrastul Ar-Rahmaniah terdiri warga emas, ibu tunggal dan kanal-kanak.-SUARATV