Beras putih tempatan tidak kelihatan, Azman perlu bertanggungjawab – Syed Abu Hussin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood perlu bertanggungjawab menangani isu ketiadaan Beras Putih Tempatan (BPT) pada ketika ini.

Desakan itu dibuat oleh Ketua Pasukan Petugas Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal setelah membuat tinjauan BPT di beberapa pasar raya.

Menurutnya, beliau kesal dengan kegagalan ini dimana rakyat masih menunggu bekalan 14 juta kampit BPT yang dijanjikan sebelum ini.

“Setelah 12 hari keputusan yang dibuat NACCOL yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, BPT belum ada di pasaran.

“Sedangkan Azman (Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood) dalam satu temu bual sebelum ini memberi jaminan (BPT akan ada di pasaran),” katanya pada sidang media selepas membuat pemeriksaan mengejut di tiga pasaraya terkemuka sekitar Kota Kemuning hari ini.

Beliau turut mendesak, Ketua Setiausaha Negara untuk mengambil tindakan terhadap Azman kerana kegagalannya itu memberi imej negatif terhadap kerajaan.

“Saya meminta Ketua Setiusaha Negara mengambil tindakan segera ke atas Ketua Pengarah ini yang gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dan janji yang beliau sebut dalam mesyuarat NACCOL.

Beliau menambah, sistem penyampaian atau delivery system yang dijalankan oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras juga dilihat gagal.

“Hasil tinjauan saya di 105 lokasi pasar raya mendapati hanya lima tempat yang mempunyai bekalan BPT, itupun dalam jumlah yang sangat kecil.

“Jadi, saya minta supaya Azman bertanggungjawab memastikan bekalan beras yang dijanjikan sebelum ini sampai ke semua pasar raya sebab ramai yang menanti untuk beli beras RM26,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Mesyuarat NACCOL Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu kekurangan beras di pasaran.

Antara tindakan itu ialah kerajaan mengarahkan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat