Pele Meninggal Dunia

- Advertisement -

LAGENDA bolasepak Brazil, Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di Sao Paulo, Brazil hari ini akibat penyakit barah kolon yang dialaminya.

Pengesahan kematian pemain lagenda tersebut dibuat anak perempuannya, Kelly Nascimento menerusi akaun media social rasmi ikon bolasepak tersebut hari ini.

Lahir sebagai Edson Arantes do Nascimento pada 23 Oktober 1940, sumbangan terbesar Pele kepada dunia bolasepak ialah menjadi inspirasi kepada ramai pemain handalan dunia selepasnya.

Sepanjang 21 tahun karier bolasepaknya, Pele telah memenangi 3 gelaran Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970 serta menjaringkan 77 gol diperingkat antarabangsa – rekod yang masih bertahan sehingga hari ini dengan Neymar hanya 2 gol dibelakang.

Tiga gelaran Piala Dunia diraih Pele adalah dari keseluruhan lima kejuaraan pertandingan itu yang pernah dimenangi Brazil dalam sejarah penyertaan negara berkenaan.

Pele masih memegang sejarah sebagai pemain termuda pernah menjulang Piala Dunia iaitu pada tahun 1958 ketika hanya berusia 17 tahun dan 249 hari. Beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan akhir berkenaan menentang pasukan Sweden.

Menghabiskan sebahagian besar karier bolasepak di Brazil bersama kelab Santos, Pele turut pernah mewakili kelab New York Kosmos selama 2 tahun bermula dari 1975 sehingga 1977.

Sejak berapa bulan lepas, Pele telah ditempatkan di pusat penjagaan paliatif Hospital Albert Einstein Sao Paulo apabila tubuhnya menolak rawatan kanser yang diberikan kepadanya.

Keadaan kesihatan mendiang mula kritikal sejak beberapa hari yang lepas apabila semua ahli keluarga terdekat dipanggil ke hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat