Peguam kemuka saman, keputusan Agong tolak cadangan darurat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang peguam bertindak menfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia bagi menyemak semula keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut Syed Iskandar Syed Jaafar, titah Sultan Abdullah menolak cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Syed Iskandar selaku plaintif melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

“Ini merupakan litigasi kepentingan awam untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya memetik afidavit saman tersebut.

Menurut Syed Iskandar lagi keengganan YDP Agong bertindak atas nasihat perdana menteri mengakibatkan Raja menjalankan fungsinya dengan cara yang tidak sesuai dengan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya benar-benar percaya bahawa penentuan mengenai pertanyaan-pertanyaan di atas oleh mahkamah terhormat ini penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya pula.

Ahad lalu, YDP Agong melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menolak cadangan pengisytiharan darurat yang dikemukakan oleh Muhyiddin.

Menurut Baginda setelah diperhalusi dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan darurat ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat